Yoodo Alliance Rancakkan e-Sukan Di Malaysia, Perkuat Skuad Musim Baru

Share

KOMUNITI e-sukan bagi PUBG Mobile memang sudah tidak asing lagi di Malaysia.

Yoodo kini telah berkolaborasi dengan Alliance bagi membentuk skuad PUBG Mobile yang dinamakan Yoodo Alliance. Yang pasti skuad baru ini sudah tentu bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas e-sukan.

ARTIKEL BERKAITAN : Pasukan PUBG Malaysia, 4Rivals Terima Sokongan Yoodo & Alliance. Tak Sabar Takluk Liga!

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata: “Kami amat teruja untuk berkongsi fasa seterusnya perjalanan Yoodo dalam e-sukan dan gaming dengan pengumuman Yoodo Alliance.

Tidak ketinggalan En Chow untuk berkongsikan pendapat dan jawapannya mengenai e-sukan di Malaysia makin meningkat dan berkembang tahun demi tahun. Menurutnya lagi, Yoodo sentiasa menyokong e-sukan di Malaysia.

En. Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo

“Kami bermula pada tahun 2018 dengan Yoodo Gank dan ia sangat mengujakan selepas kemenangan demi kemenangan. Jadi selepas tiga tahun, kami tetap dengan misi menyokong sukan e-sport ini jadi Yoodo dengan kerjasama Alliance mencari team yang baru untuk dibantu seterusnya mewakili Malaysia di kejohanan antarabangsa.” ujar beliau.

Pasukan Yoodo Alliance telah memperkenalkan barisan pemain mereka yang akan menyertai saingan musim baru PUBG Mobile Pro League Malaysia, Singapura dan Filipina (PMPL MSP).

Persediaan Sebelum Bertanding

REMAJA sempat menemubual dua ahli Yoodo Alliance iaitu adik Luq dan Syamil bertanya mengenai bagaimana mereka membuat persediaan sebelum bertanding.

Menyedari bakal menempuhi laluan sukar berdepan banyak pasukan handalan dari pelbagai rantau, Luqman Hakim atau lebih dikenali sebagai  “AdikLuq” memberitahu mereka akan membuat latihan yang secukupnya dan mental kena kuat untuk melawan pasukan musuh. Menurut pemain yang telah menjinakkan diri seawal usia 6 tahun dalam permainan e-sport ini.

Menurut beliau, menjadi seorang pemain e-sukan ini bukanlah mudah. Mereka perlu berlatih sekurang-kurangnya 9 jam satu hari. 3jam pagi, 3jam petang dan 3 jam malam.

Muhammad Syamil atau Syamil pula memberitahu selain latihan yang dilakukan sesi motivasi bersama team dan jurulatih juga sangat membantu sebelum perlawanan yang sebenar. Malah, Syamil mengakui dia kena bijak membahagikan masa.

“Saya masih menjalani hidup seperti remaja lain dengan beriadah,meluangkan masa dengan keluarga dan pelajaran juga saya tidak lupakan”, ujar Syamil.

 

Senarai pemain Yoodo Alliance:

  • Arif “Repoboy” Zaidi
  • Luqman Hakim “AdikLuq” Hasan
  • Abbas “Helton” Saufi
  • Syameer “Luppy” Aidil
  • Azli “Oliyo” Amran
  • Muhammad Syamil “Syamil” Najmi

Untuk info mengenai Yoodo, Yoodo membekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan pengguna kawalan penuh dalam menyesuaikan telefon bimbit mereka dan merancang apa sahaja yang sesuai dengan keperluan pengguna, tanpa caj tersembunyi atau komitmen. Yoodo telah membuat gelombang dalam adegan permainan dengan sokongan yang luas untuk sektor yang makin meluas ini.

BACA : Hotel Esports Pertama Di Asia Tenggara Kini Dibuka Di Malaysia

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Nana