Jika suatu ketika kita sering mendengar frontliners memuji sikap kluster tabligh yang sentiasa mengamarahkan wad dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan solat berjemaah, tidak banyak songeh bila ujian swab mahu dilakukan, nampaknya isu kluster kayangan terus menjadi buah mulut frontliners dengan sikap jengkel mereka.
Terkini, seorang doktor, Dr Ahmad Samhan yang bertugas di salah sebuah hospital berkongsi kisah yang boleh kita jadikan pengajaran. Bagi REMAJA, ingatlah siapa pun kita, apa pun jawatan kita, semua itu datangnya dari Allah SWT. Kita tak pandai pun, Allah jauh lebih hebat kerana dia menciptakan langit dan bumi. Jauh lebih dari kepandaian kita yang hanya secebis. Lagi satu apabila terlalu mendongak langit, takut satu hari kita tak sedar kita berpijak di bumi. Kalau mati pun hanya bawa kain kapan, bukan jawatan kerana dalam kubur kita akan jadi tengkorak, habis dimakan ulat.
Baca perkongsian dari Dr Ahmad Samhan ini.
“ You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i”
“ Berapa kali saya nak terangkan. Encik kena sabar”
“ Oh, you tinggi suara ya? Nama apa? Aku call lawyer. Aku nak cakap dengan pengarah hospital sekarang!”
Bukan senang nak uruskan pesakit yang tak faham bahasa. Semua dia nak cepat. Dah terbiasa dengan layanan VVIP. Dari tadi diperhatikan. Mundar mandir seperti cacing kepanasan.
Suruh duduk dan tunggu giliran tak mahu. Mahu terus dilayan. Padahal ramai lagi orang lain yang datang lebih awal untuk disaring. Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali. Bukan tak tahu,kawasan hospital tak boleh hisap rokok.
Ads
Bila dilarang, “Bukan hisap rokok,vape lah!”
Mereka memang kluster dari kayangan. Tak pernah hidup susah. Tak pernah jadi miskin. Itu yang mendongak ke langit. Lupa nak berpijak ke bumi.
Dah kata jangan keluar negara. Tapi semua penerbangan ke luar negara penuh. Bila pulang bawa virus. Sekarang kerajaan suruh buat saringan dan kuarantin di pusat kuarantin, banyak pula dia komplen. Tandas busuk lah. Bilik takda aircond lah. Makanan tak sedap lah.
Susah nak beri kerjasama. Mereka ini tak perlu ramai. Ada 2-3 orang yang perangai begini dah pening kepala. Rasa macam handle 1000 orang. Hina staff kesihatan macam takda maruah. Nak tunjuk dia ada cable besar, boleh dapat layanan istimewa. Tolonglah!
Nak aja beritahu covid, “ Weh, kau jangan masuk badan orang kayangan. Jangan masuk badan siapa-siapa pun. Kalau nak masuk juga, kami rela kau masuk kluster tabligh”
Ads
Tak pening kepala. Kluster paling mudah beri kerjasama. Walaupun ramai, tapi tak susah nak handle. Mereka dengar arahan. Jaga jarak. Sabar tunggu giliran dan tak merungut.
Ada siap tanya khabar. Tanya doktor dah makan atau belum. Bila kita beri arahan,mereka ikut. Sebab mereka diajar untuk taat.
Bila di kuarantin, ramai staff kesihatan terkesan melihat mereka. Al quran jadi teman. Solat awal waktu. Tiap kali doktor buat rondaan, mereka doakan. Doktor yang letih pun jadi kuat.
Ini luahan salah seorang sahabat saya sebagai frontliner yang menguruskan kluster dari kayangan.
Ads
Kami merawat tak kira bangsa,agama dan jantina. Semua sama. Cuma apa kami pinta beri kerjasama. Itu saja.
Sebab virus ini tak kenal siapa. Yang kaya,yang miskin, semua ada risiko untuk kena. Ingat, kita hidup didunia tak lama. Akhirnya, ke tanah juga.
Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak beri kerjasama pada petugas kesihatan.
Boleh follow saya, Ahmad Samhan dan set See First supaya tak tertinggal cerita lebih menarik yang saya kongsikan dan boleh dijadikan teladan bersama.
Saya banyak berkongsi tips MAHAL di telegram.
Klik link ini 👉🏻 https://t.me/drsamhan
Dr Ahmad Samhan
-masih belajar tunduk ke bumi-
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali perlawanan bersama Indonesia, ada sahaja tanggapan negatif tentang penyokong tegar negara mereka.
Kemenangan pasukan negara disudahi dengan insiden lontaran suar dan balingan kerusi daripada penonton di stadium. Situasi ini memang sudah tidak asing kerana masyarakat kita sudah sedia maklum jika bertemu dalam perlawanan bola sepak dengan negara jiran tersebut, mesti akan ada insiden yang tidak diingini berlaku.
Terbaru, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) melalui Wakil Ketua Umum PSSI, Cucu Soemantri mendesak agar pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ataupun pemerintah Malaysia melakukan permohonan maaf kepada Indonesia berikutan insiden kekecohan yang berlaku yang melibatkan penyokong Indonesia di Stadium Bukit Jalil Selasa lalu.
Cucu yang menyatakan kekecewaan kepada Malaysia melalui temu bualnya bersama media CNN Indonesia semasa mengiringi kumpulan Indonesia U-23 di Filipina menjelang SEA Games 2019 turut mendesak agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat keadaan tersebut dengan segera serta berhasrat mengajukan protes.
Ini kerana terdapat satu kejadian tular di media sosial yang mana seorang penyokong Indonesia yang tiba sehari sebelum perlawanan telah dirampas pasport dan begnya sehingga menyebabkan tanda pagar #GanyangMalaysia menjadi trending.
Walaupun Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah meminta pihak PDRM menjalankan siasatan lanjut, beliau masih tidak berpuas hati kerana kenyataan tersebut tidak disertakan dengan permohonan maaf.
Saya sudah maklumkan kepada pihak polis untuk siasat.
Kalau ada pihak yang dipukul, tolong suruh dia buat laporan ke pihak polis.
We will ensure that there will be a proper & transparent investigation.
Keadilan adalah untuk semua, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia. https://t.co/guCZfsUZxo
Bagi beliau, insiden ini tidak dapat diterima kerana PSSI sebelum ini sudah bekerjasama dengan FAM dan PDRM bagi menjamin keselamatan penyokong Indonesia selama berada di Malaysia.
Sebelum ini terdapatnya laporan bahawa ada penyokong Indonesia yang maut dalam insiden kekecohan di Stadium Bukit Jalil, namun khabar ini dikhabarkan sebagai palsu oleh Kementerian Luar Negeri Indonesia.
Pelawanan semalam menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia dengan kumpulan mata 2-0 menerusi dua gol hasil jaringan Safawi Rasid pada minit ke-30 dan ke-73.
Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut selepas Malaysia berjaya menewaskan Thailand dengan mata 2-1 (Kelayakan Piala Dunia) dan Tajikistan 1-0 (persahabatan antarabangsa).
Ish macam-macam la dorang ni, kalau dah tak suka tu bak kata peribahasa melayu “Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.”
Harap dapat la selesaikan masalah ini dengan cara yang baik. Tak elok la gaduh-gaduh, kita kan serumpun.
Sumber: CNN Indonesia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak ketinggalan untuk menzahirkan ucapan tahniah buat Tan Sri Michelle Yeoh yang meraih trofi Oscar di Anugerah Akademi ke-95 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Tambun itu juga berharap kejayaan anak Malaysia di pentas Hollywood terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh karyawan seni di negara ini.
“Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
“Anak seni kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon Asia pertama memenangi trofi utama dalam anugerah berprestij itu. Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
“Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan,” katanya menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu kerana memberi inspirasi kepada seluruh rakyat di negara ini.
Sementara itu, ramai rakyat Malaysia termasuk menteri serta personaliti sukan dan selebriti berkongsi rasa bangga mereka atas kejayaan aktres tersebut.
Pada awal tahun ini, bintang berusia 61 tahun itu membawa pulang trofi beberapa anugerah lain termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sedang kita sibuk terikut dengan lagu-lagu Bollywood dan K-Pop mungkin sampai terlupa tarian zapin, wayang kulit, dikir barat yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan nenek moyang kita.
Viral satu video yang menunjukkan sekumpulan penyanyi koir dari negara barat mendendangkan lagu ‘Ewa Bule’ dengan persembahan dikir barat ternyata mencuri perhatian.
Yang kagumnya, persembahan dikir barat itu bukanlah daripada rakyat Malaysia, sebaliknya dinyanyikan oleh kumpulan koir daripada luar negara bernama Vocal Ansemble Caloroso. Siap dengan dialek kelate dan gerak tari dikir barat. Kagum penulis!
Dikenali sebagai Wau Bulan, lagu rakyat dari negeri Kelantan ini merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan merupakan salah satu permainan tradisional yang amat unik, terkenal dan diminati oleh masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang, atau Kelantan
Netizen Kagum & Bangga
Meremang ke tidak uollls. So daripada kita sibuk agungkan budaya luar, apa kata kita lebih hargai budaya sendiri. Kalau kita tak hargai siapa lagi yang nak hargai budaya warisan kita kan.
Apa-apa pun, cayalah Malaysia di mata dunia!
Sumber : Facebook Maafsebut
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...