Disebabkan situasi pendemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia, segala bentuk konvokesyen dan acara graduasi di sekolah menengah, kolej dan universiti terpaksa ditangguhkan.
Sekiranya universiti di Jepun telah melakukan acara konvokesyen mereka dengan menggunakan khidmat robot, lain pula ceritanya dengan di Amerika Syarikat (US).
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Konvo Robot Viral Di Jepun, UniSZA Cuba Lakukannya
YouTube telah mengumumkan bahawa mereka akan mengendalikan sebuah acara ‘perutusan graduan’ ataupun commencement speech lusa ini (8 Jun 2020) di platform tersebut pada jam 3 pagi waktu Malaysia (jam 3 petang ET di US).
YouTube ingin memberikan graduan sekolah dan kolej memperolehi momen yang mereka selalu impi-impikan ini meskipun menerusi alam maya saja.
Acara yang dinamakan sebagai Dear Class of 2020 itu menjadualkan kumpulan popular K-Pop, BTS untuk turut sama terlibat di samping bekas Presiden US Barack Obama, Michelle Obama, Lady Gaga, CEO Google Sundar Pichai, bekas Setiausaha US Condoleezza Rice dan pemenang anugerah Nobel keamanan, Malala Yousafzai.
BTS dan beberapa selebriti lain juga akan mengadakan persembahan ‘after party’ istimewa selepas kesemua perutusan diberikan. Ini termasuklah Alicia Keys, Kelly Rowland, Zendaya, Chloe x Halle dan ramai lagi.
*
Bukan hanya ARMY (peminat BTS) sahaja yang tak sabar untuk mendengar ucapan daripada mereka, malah remaja di US juga menantikannya. Ini memandangkan keberanian yang telah ditunjukkan oleh BTS dalam bersuara menentang sebarang bentuk keganasan dan isu perkauman yang kini sedang hangat melanda negara Uncle Sam itu.
Ramai yang dapat mengagak ucapan BTS akan menyentuh agenda Black Lives Matter. Ini berikutan pengumpulan dana yang sedang diusahan oleh BTS di bawah syarikat label mereka, BigHit kepada organisasi Black Lives Matter.
*
Anyway, bagi korang yang tak terlepas acara Dear Class of 2020 ini, catatkan 8 Jun, 3 pagi ke dalam kalendar masing-masing!