Pagi tadi nak layan lagu di YouTube tiba-tiba entah kenapa tidak boleh diakses. Dikhabarkan masalah ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi serata dunia.
Ramai juga pengguna media sosial sedang membahaskan isu ‘besar’ ini.
Ahhh, rasa tak lengkap hidup kalau tak ada YouTube kan. Hehe.. Diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kami nak dengar lagu dan tengok video di YouTube. Hiks!
UPDATED: YouTube dah okay gaiss. Yeayy..
Tidak Kenal Kuasa & Pangkat, Bekas Ketua Polis Daerah Thailand Berdepan Hukuman Mati
Walaupun pernah menyandang jawatan sebagai ketua polis daerah, ia tidak memberikan sebarang kelebihan buat ‘Joe Ferrari’, ketua polis daerah di Thailand yang berdepan hukuman mati selepas didakwa atas tuduhan membunuh tahanan.
Thitisan Utthanaphon mendapat gelaran itu kerana minatnya terhadap kereta mewah ketika skandal rasuah mengejutkan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Thailand, selain gaya hidupnya yang serba mewah.
Menurut Harian Metro, rakaman video Ogos lalu menunjukkan sekumpulan pegawai yang didakwa termasuk, Thitisan menekup kepala tahanan sambil menyoalnya.
Suspek berusia 24 tahun itu meninggal dunia dalam tahanan polis dan video tular itu telah dijadikan bukti untuk siasatan terhadap tindakan Thitisan dan enam pegawai lain.
Pejabat Peguam Negara Thailand telah mengumumkan bahawa semua tujuh pegawai itu akan berdepan dengan empat pertuduhan, termasuk dua pertuduhan bersubahat, satu pertuduhan membunuh dan pembunuhan dengan penyeksaan.
Jika didapati bersalah membunuh dengan penyeksaan, mereka akan dijatuhi hukuman mati, satu-satunya hukuman untuk kesalahan terbabit.
Selepas rakaman kejadian itu tular pada Ogos, Thitisan, 41, yang juga bekas ketua polis daerah di wilayah utara Nakhon Sawan menyerah diri kepada polis.
Namun, beliau menafikan sebarang salah laku kepada media, sebaliknya berkata kematian suspek adalah kemalangan.
Ekoran daripada skandal ini, pemerhati hak asasi manusia berkata, kepercayaan terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang Thailand semakin terhakis kerana sering dikaitkan dengan urus niaga dan aktiviti haram untuk kepentingan peribadi.
Kes-kes seperti ini memang banyak berlaku tidak kiralah di negara mana sekali pun. Kuasa dan pangkat tidak mampu menyelamatkan mereka kerana jika disabitkan kesalahan tetap akan menerima hukuman yang setimpal.
Semoga jika benar suspek disabitkan kesalahan, mereka akan menerima hukuman bagi membela nasib si mati.
Sumber: (1)
“Terkapai-Kapai Sebelum Tenggelam”, Rupanya Inilah Punca 2 Remaja & Datuk Lemas Semalam
Tiada apa yang lebih menyedihkan tatkala melihat orang tersayang pergi di depan mata. Pahit untuk ditelan namun segalanya harus redha. Rasa sedih itu pasti ada dan untuk menghilangkannya mungkin mengambil masa.
Bagi Sharifah Latif, 63 pengalaman berhadapan melihat suami dikasihi, arwah Mohamad Ramli Ibrahim, 65 dan dua cucunya, Nur Safia Hafiza Samsudin, 16, dan adiknya, Nur Sariza Hafniza, 14, terkapai-kapai sebelum lemas semalam ketika mandi di rumah Pam, Sungai Pedu, Kampung Tanjung, Padang Terap membuatkan hatinya dirundung kesedihan yang bukan sedikit.
Menurut Sharifah, sebelum kejadian lemas itu, mereka berkelah di tebing sungai berkenaan. Dua cucunya dan seorang rakan, Hanis kelihatan seronok mandi-manda.
Air sungai ketika itu tidak dalam dan sangat cetek, namun secara tiba-tiba air datang terlalu deras sebelum menghanyutkan tiga daripada mereka dan suami pula pula terjun untuk menyelamatkan mereka sebelum dia turut hanyut,” katanya.
Mungkinkah ini yang dikatakan sebagai kepala air di mana arus sungai tiba-tiba berubah menjadi deras
Sharifah berkata, mereka datang ke rumah pam itu yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka di Kampung Tanjung, pada 1 tengah hari untuk berkelah menghabiskan cuti sempena Tahun Baharu Cina.
Katanya, dua cucunya yang menetap di Kuala Kedah itu pulang ke kampung hari ini bersama keluarga mereka sebelum mengambil keputusan untuk berkelah bersama 10 ahli keluarga.
“Sebaik ternampak dua cucu dan rakan mereka tenggelam timbul, suami terus terjun ke dalam Sungai Pedu untuk menyelamatkan mereka, tetapi terus tenggelam.
“Kami yang berada di atas tebing hanya mampu menjerit meminta tolong dan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melihat semua mereka terkapai-kapai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam. Sharifah berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian serentak dua cucu dan suaminya walaupun tidak menyangka mereka akan pergi dengan terlalu cepat.
Dalam kejadian pilu semalam, hanya Hanis berusia 16 tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.
Operasi pencarian yang dilakukan oleh pihak berkuasa berjaya menemui mayat Nur Sariza Hafniza pada jam 2.26 petang sebelum mayat Nur Safia Hafiza ditemui pada 4.40 petang yang sudah terapung manakala Mohamad Ramli ditemui 5.35 petang.
Remaja lemas sempat hantar mesej berbunyi “Hmm Panas-Panas” 17 minit sebelum kejadian
SALAH seorang mangsa lemas dalam kejadian berdekatan rumah pam Sungai Pedu, Kampung Bukit Sena, di Kuala Nerang, Kedah sempat mengemas kini status di laman ‘WhatsApp’, 17 minit sebelum tragedi yang meragut tiga nyawa itu.
Ibu saudara mangsa, Sabariah Shaari, 46, berkata anak saudaranya Nur Sariza Hafniza Samsudin, 14, sempat berkongsi gambar sungai dengan ayat ‘Hmm panas²’ pada 12.43 tengah hari tadi Khamis sebelum kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari.
Sabariah berkata dua beradik itu bersama ibu dan adik bongsu mereka berumur tujuh tahun yang menetap di Taman Persisir Kota, Kuala Kedah pulang ke kampung di Kampung Tanjung dekat Pedu, Isnin lepas sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
“Mereka ada singgah di rumah saya dan saya sempat bergurau dengan mereka supaya jangan balik kampung lama sangat dan mereka jawab hanya akan pergi dua hari sahaja.
Mereka juga beritahu hendak balik kampung nak berkelah kerana kebetulan mak-mak menakan (emak saudara) semua balik masa raya ni,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Nerang semalam.
Ketiga-tiga jenazah ini sudah selamat dikebumikan tengah malam tadi kira-kira jam 12. Al-Fatihah untuk kesemua mangsa ini. Moga seluruh ahli keluarganya diberi ketabahan mengharungi ujian yang amat menyedihkan ini. Sumber : HARIAN METRO & BERNAMA
“Saya Okay, Peha Teruk Sikit” Atiq Azman Syukur Selamat Kemalangan Motosikal
Malang nyata tidak berbau di jalan raya, terutamanya apabila berada di kawasan luar bandar.
Semalam, pelakon Raya Muhd Atiqullah Azman, 20 telah berkongsi perihal keadaan dan kesihatannya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan motosikal berkuasa tinggi.
Bertempat di Kuala Klawang International Circuit di Jelebu, Negeri Sembilan, Atiq dibawa terus ke wad kecemasan di Hospital Jelebu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menurutnya dalam muat naik di Instagram Story semalam, keadaannya stabil dan hanya luka yang berbekas pada badannya.
“Atiq nak ucapkan terima kasih kepada yang ucapkan selamat sembuh kepada Atiq.
“Ada sedikit luka pada lengan dan mulut berdarah sedikit. Peha memang teruk, boleh nampak daging dan darah. Alhamdulillah overall Atiq okay bila check X-Ray.
“Yang bawa motosikal tu, berhati-hatilah apabila melalui kawasan berpasir. Atiq tak ada pun nak cepat ke apa, Atiq nak maintain saja. Tapi itulah, dah takdir kan,” kata pelakon yang popular dengan drama Nur itu.
Kalau korang masih ingat, Atiq pernah terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya sekitar tahun 2018 dahulu dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang, lengan dan lutut.
Syafakallah Atiq Azman!
Seperti yang Atiq katakan, janganlah buat ‘perangai’ yang pelik-pelik di atas jalan sekiranya menunggang motosikal. Contohnya seperti ‘Ghost Rider’ ini.