Jika kanak-kanak berusia 6 tahun lain semuanya memperolehi alat permainan semasa hari jadi masing-masing, tapi lain pula dengan YouTuber cilik dari Korea Selatan ini.
YouTuber popular negara tersebut, Boram yang memiliki 30 juta orang pengikutdilaporkan baru saja membeli sebuah bangunan 5 tingkat di Seoul.
Cuba teka berapa nilainya?
9.5 bilion Won ataupun RM33 juta!
Menurut laporan media di sana, bangunan yang terletak di kawasan elit, Gangnam dibelinya pada 3 April lalu dan urusan pembelian baru saja selesai baru-baru ini. Semua proses dokumentasi diuruskan oleh syarikat Boram Family.
Bagaimanapun, tujuan pembelian bangunan itu masih tidak diketahui oleh sesiapa kecuali mereka sekeluarga.
Boram menjadi bintang sensasi di dunia digital Korea Selatan apabila 2 saluran YouTube miliknya (Boram Tube Vlog & Boram Tube ToyReview) mampu menjamin pendapatan sehingga hampir RM13 juta setiap bulan. Wow..
Akaun Vlog fokus kepada selok-belok kehidupan ceria Boram pada setiap hari, manakala akaun ToyReview menayangkan pandangannya tentang alat permainan terbaru yang diterimanya daripada penaja.
BACA: 6 YouTuber Paling Kaya 2019, Setakat Ini..
Walaupun kedengaran seperti Boram terlalu muda untuk diketengahkan dengan dunia hiburan YouTube ini, namun ibu bapanya mempertahankan keputusan mereka untuk menayang anak bagi tontonan umum.
Bagi mereka, Boram tidak dipaksa untuk melakukan apa-apa tanpa kerelaan bagi tujuan video semata-mata.
*
Untuk pengetahuan korang, ibu bapa Boram pernah didakwa di mahkamah oleh persatuan Save The Children yang risau tentang cara mereka memperolehi pendapatan melalui kanak-kanak semuda itu.
Contohnya, ada video yang menunjukkan Boram berpura-pura ‘bersalin’ dan berpura-pura mencuri daripada beg duit ayahnya.