Persembahan Sufian Suhaimi di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL) masih lagi menjadi bualan di media sosial kerana ramai yang tersentuh dengan nyanyian penuh emosinya malam itu.
Tidak hairan bila penyanyi lelaki itu mendapat sorokan gemuruh peminat kerana lagu Di Matamu sememangnya hits
dan mendapat tontonan lebih 50 juta di YouTube.Dan kerana itu juga, viral sebuah video lagu Di Matamu yang dinyanyikan semula dalam versi Korea oleh YouTuber disana, dikenali sebagai GTI.
Kumpulan GTI ini sudah agak popular di negara jiran kita, Indonesia kerana mereka banyak membuat cover lagu-lagu seberang. Anak muda yang dikenali sebagai Sibong, Dong Hyun dan Aoora ini merupakan anak kelahiran Korea Selatan dan baru-baru ini, mereka juga turut merakamkan lagu cover
Di Matamu.Ya, mungkin di Malaysia masih ramai yang belum mengenali kumpulan GTI ini tapi apa kata kalau korang dengar sendiri nyanyian cover oleh mereka ini.
Pelbagai reaksi diterima dan rata-rata daripada mereka terkejut bila YouTuber dari Korea ini menyanyikan lagu Melayu.
Mana tahu rezeki Sufian Suhaimi di Korea pula
So guys, what say you? Macam dengar OST drama Korea tak? Hiks!