Wah, pemurahnya Tokwan ni…
Dalam kehidupan zaman digital masa kini tidak ada yang mengejutkan jika seseorang itu menjadikan saluran YouTube sebagai salah satu medium untuk mereka membuat amal kebajikan. Salah seorang youtuber yang digelar ‘TokWan Kami’ ini.
‘Tokwan Kami’ ini terkenal dengan moto ‘Kongsi Rezeki’ ini ni bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, pelbagai masakan tempatan yang dikongsikan Tok Wan seperti menu lemang rebus, mi kari, gulai kawah kenduri, kurma ayam, dan bihun sup dalam kuantiti yang banyak berjaya mencuri tumpuan orang ramai.
Lelaki yang dipanggil ‘Tok Wan’ ini juga memasak dalam kuantiti banyak sebelum disedekahkan kepada orang ramai seperti rumah anak yatim itulah berjaya meraih tontonan mencecah 1.2 juta kali.
Rata-rata warganet menyamakan Tok Wan dengan youtuber India yang popular iaitu ‘Grandpa Kitchen’ kerana memaparkan video masakan di tempat terbuka. Bahkan konsep yang sama turut mengagihkan makanan yang dimasak kepada orang yang memerlukan.
Difahamkan, saluran Tokwan Kami sudah berada dalam YouTube sejak 2012 namun dilihat semakin aktif memuat naik video masakan dan resipi sejak penghujung tahun lalu.
Semoga TokWan diberikan kesihatan yang baik agar dapat berkongsi rezeki dengan ramai orang lagi. Tokwan Kami turut berkongsi maklumat seperti akaun bank dan nombor telefon untuk mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim tersebut.