Hiburan

Yuna Dikatakan Hilang Akal Selepas Tolak Tawaran Kerjasama Dengan Jenama Antarabangsa

Share

Penyanyi terkenal, Yuna baru-baru ini berkongsi pengalamannya apabila dia menyatakan solidariti buat penduduk Palestin yang teruk diserang oleh zionis Israel pada ketika ini.

Melalui akaun Instagram, Yuna menyatakan bahawa dia pernah dilabel ‘gila’ dan tidak waras selepas bertindak untuk tidak lagi mahu bekerjasama dengan satu jenama antarabangsa pada November tahun lalu.

Kredit: Instagram Yuna

“Saya cuma nak cakap, bila saya beritahu rakan-rakan di Los Angeles, Kuala Lumpur, saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dengan jenama Z pada November 2023”

“Rakan-rakan cakap saya ‘gila’ dan ‘ia tak bagus untuk awak’, malah ada di antara mereka malah menukar topik”

Kredit: Instagram Yuna

Yuna atau Yunalis binti Mat Zara’ai (37) juga turut diancam oleh beberapa individu lelaki yang mengganggunya dengan mengambil foto ketika dirinya memakai rantai berbentuk tembikai.

“Sebagai manusia, saya tahu saya tak sempurna, kami tak sempurna. Anda tidak fikirkan di sana ada orang yang kehilangan pekerjaan, kehilangan biasiswa, shadowbanned, dan diganggu kerana menentang genocide?”

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Yuna memuji sikap Yuna yang tetapi berani menyokong Palestin walaupun menerima ancaman daripada sesetengah individu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE