Yuna Nasihat Guna Oximeter Selepas Ahli Keluarga Meninggal Akibat COVID-19

Share

Semalam pelatun lagu Black Marquee iaitu Yuna, menasihati orang ramai ramai pentingnya alat oximeter kepada pesakit Covid-19.

Penyanyi bersuara lunak ini berkongsi mesej nasihat ini di ciapan Twitter di laman akaunnya, yang mana ahli keluarganya meninggal disebabkan COVID-19 dan dia baru mengetahui pentingnya satu alat yang dinamakan oximeter.

 

Saya tidak pernah tahu tentang oksimeter & baru mengetahuinya setelah sepupu saya meninggal dunia, kalau saja saya tahu betapa pentingnya mengetahui kadar SpO2 pesakit Covid-19 sebelum terlambat ketika mereka sampai di hospital.


Jika boleh, dapatkan satu untuk keluarga anda.

Lantas Yuna menyarankan untuk orang ramai memberikan alat ini kepada keluarga golongan B40 agar mereka dapat mengenal pasti kurangnya kandungan oksigen dalam badan serta dapatkan rawatan segera di hospital.

 

Untuk info, ‘Pulse Oximeter‘ yang dikatakan oleh Yuna ini ialah alat yang dapat mengesan kadar oksigen dalam darah dan boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

Untuk pengetahuan semua, pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

“Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic’.”

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.

Jadi, dengan penggunaan alat ‘Pulse Oximeter‘ ini sangat membantu.

Malah rata-rata, peminat dan pengikut Yuna memberikan respon terima kasih berkongsi info berguna. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman bersama.

Pulse Oximeter adalah peranti perubatan yang perlu berdaftar dan penjualannya perlu mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM.

Selain itu, kini terdapat pelbagai smart watch yang mengandungi perisian mengira denyutan jantung dan mengukur oksigen dalam badan.

 

 

Published by
Nana