Pelakon, Yuna Rahim baru-baru ini selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Isnin, 27 Mei.

Khabar gembira itu dikongsi oleh suaminya, Muhammad Nurakmal Ayub yang meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anak lelaki sulung itu dan menurut Akmal, Yuna selamat melahirkan anak mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pukul 1.59 petang.

Yuna Rahim Dapat Baby Boy! Nama Diberi Muhammad Hud Adyan!
Kredit: Instagram Akmal Ayub

“Alhamdulillah Ya Allah. Isteri saya selamat bersalin pada jam 1.59 petang, 27 Mei 2024”

“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga kalian semua dirahmati di dalam naungan Ilahi. Amin Ya Allah”

Akmal berkongsi perkara itu gambar yang dimuat naik di Instagram story miliknya.
Dalam pada itu, melalui Instagram milik Yuna pula memberitahu bahawa dia dan bayi sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Yuna Rahim Dapat Baby Boy! Nama Diberi Muhammad Hud Adyan!
Kredit: Instagram Yuna Rahim

Yuna juga turut berkongsi nama anak sulungnya iaitu Muhammad Hud Adyan menerusi satu hantaran di Instagram story miliknya.

Sekadar info, Yuna dan Muhammad Nurakmal mendirikan rumah tangga pada 18 Februari tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI