Personaliti media sosial terkenal, Zach King, 31, khabarnya telah berdepan pertuduhan saman daripada bekas penerbitnya, Elisabeth Logan.

Menurut laporan Insider yang menerima salinan tuntunan laporan Mahkamah Tinggi Los Angelas, antara pertuduhannya yang dikenakan ke atas bekas majikannya itu adalah gangguan seksual, diskriminasi berasaskan jantina dan juga pemecatan yang salah.

Untuk pengetahuan, Elisabeth yang kini berusia 29 tahun mula bekerja di syarikat milik Zach iaitu King Studio LLC pada April 2015. Sebagai seorang pembantu eksekutif, antara tugas yang diberikan kepada Elisabeth merangkumi mengatur e-mel dan janji temu di syarikat yang dimiliki oleh ‘TikTok Creator’ kelima paling ramai followers itu.

Zach King Dituduh Melakukan Gangguan Seksual & Diskriminasi Jantina Di Syarikat
Zach King kini mempunyai lebih daripada 66 juta pengikut di TikTok. Sumber: Tangkap Layar YouTube Zach King

Menurut aduan yang dikemukakan Elisabeth, skop tugasnya kemudian berkembang menjadi lebih banyak dan berorientasikan penerbitan termasuklah tugasan sebagai pembantu pengarah dan pengurus studio penerbitan syarikat.

Ads

BACA JUGA : Sofyank Menang Anugerah Magic Of The Month, Video Terbaik Pilihan Zach King

Biarpun skop kerjanya bertambah dari semasa ke semasa, Zach masih membayar gajinya lebih rendah berbanding teman sepejabat lelaki walaupun mereka juga melakukan beban kerja yang sama. Selain itu, selama dia berkhidmat di King Studio LLC, Elisabeth juga dihalang untuk menyertai aktiviti syarikat yang melibatkan pekerja lelaki lain.

Elisabeth turut menuduh Zach mengamalkan kondisi kerja yang dirasainya bersifat ‘mendera’ kepadanya hanya disebabkan oleh perbezaan jantina. Bukan setakat itu, Elisabeth juga menyertakan pertuduhan berbentuk penderaan seksual di mana dia menuduh Zach pernah sengaja berbogel di ruang pejabat dan meninggalkan seluar dalam.

Ads

Fuh, berat juga pertuduhan tersebut.

Zach King Dituduh Melakukan Gangguan Seksual & Diskriminasi Jantina Di Syarikat
Kredit foto: Presley Ann/Getty Images

Untuk pengetahuan, Elisabeth telah dipecat pada Mei 2020 menerusi panggilan Zoom dan alasan yang diberikan adalah dia terlalu banyak merungut. Mengikut sumber, buat masa ini Zach masih belum membuat sebarang kenyataan umum mengenai kes ini melainkan satu respon balas yang diberikan oleh wakil Zach King kepada Daily Dot.

Ads

Mereka terkejut dengan pertuduhan Elisabeth dan musykil mengapa hanya sekarang baru pertuduhan ini muncul sedangkan dia tidak lagi bekerja di sana melebihi tempoh setahun setengah. Mereka juga berkata situasi yang diimbas semula oleh Elisabeth dalam pertuduhan tersebut adalah tidak tepat.

Zach King Dituduh Melakukan Gangguan Seksual & Diskriminasi Jantina Di Syarikat
Sumber: Tangkap Layar YouTube Zach King

Sekiranya kesemua pertuduhan ini dapat dibuktikan adalah benar, adakah korang rasakan isu tingkah laku daripada pihak Zach King ini berpunca daripada persekitaran syarikatnya di mana majoriti pekerjanya adalah lelaki?

Sumber : Insider

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI