Berita

Zahirah Macwilson Kongsi Foto Lengkap Keluarga Tercinta, Peminat Puji Comel!

Share

Pasangan selebriti popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi sebuah hantaran di platform Instagram, aktres berusia 29 tahun itu tampil berkongsi foto lengkap keluarga tercintanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson ‘Tayang’ Wajah Comel Bayi Perempuan -“Copy Paste Abang Dia”

Tampil kemas dengan persalinan serba gelap dan elegan, Zahirah turut bersama suami tersayangnya yang juga aktor terkenal, Aiman Hakim dalam foto tersebut.

Lebih menarik perhatian lagi, apabila kedua-dua cahaya matanya iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa turut bersama dalam foto penuh istimewa tersebut.

Our first family photo,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian comel tersebut.

Rata-rata pengikut aktres tersebut meluahkan rasa teruja dengan kecomelan keluarga kecil itu.

Please please please yang ni semoga Allah pelihara hubungan you both hingga Jannah,” komen seorang peminat.

“Saya doakan kalian terus bahagia hingga ke syurga. Dikurniakan rezeki anak dan tetap sabar selalu,” tulis seorang peminat lagi.

Cutenya this family semoga Allah sentiasa perlihara keluarga ini and bahagia dunia akhirat,” tulis netizen lain.

Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah pada tangga 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Zahirah Macwilson

Published by
Fath