
Aktres dan bekas model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang telah memberi sokongan buatnya selepas membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan. Saya akan bersama anda sebentar lagi,” coretnya di ruangan kapsyen.
Selain itu, Zahnita yang juga seorang usahawan, sempat mempromosikan perniagaannya dalam hantaran tersebut.
“Tempahan sekarang sudah dibuka ‘i love you 3000’,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan dan meniupkan kata-kata semangat buat pelakon filem popular Kuliah Cinta itu.
Mereka juga berharap wanita berusia 39 tahun itu akan diberi ketabahan dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.
Sebelum ini, Zahnita mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi foto matanya yang lebam, sambil mendakwa kecederaan tersebut akibat dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Pendedahan ini mendapat perhatian ramai, termasuk mereka yang mengecam tindakan keganasan rumah tangga.
Sekadar info, Zahnita dan Abdul Zackery mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat orang anak.
Pasangan ini pernah berdepan dengan masalah rumah tangga, dan pada tahun 2013, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai. Walaupun begitu, mereka masih bersama sehingga kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zahnita
10 Dress Pilihan Remaja Di Anugerah Skrin 2018, Siapa Paling Letop?

Isi Kandungan
Toggle
Anugerah Skrin 2018 berlangsung semalam di PWTC dan selebriti drama serta filem Malaysia ‘brought it’ di karpet merah. Jom tengok siapa yang paling menonjol!
Izara Aishah
All hail the queen sis!
Izara Aishah adalah gambaran wanita Asia moden yang berkelas dan elegan semalam. Penulis boleh membayangkan dress dan penggayaan pada Izara ini dibawa ke festival filem besar di Hong Kong, Jepun, malah mungkin ke Cannes.
Rekaan dress daripada Rizman Ruzaini ini diilhamkan daripada drapping kain sari. Cantik betul bila ia digandingkan dengan solekan dan rambut daripada Nuex Rosli serta Juu Ko.
Ain Edruce
Hotness alert! Siapa kata ringkas tu tak menarik. Ain Edruce hadir ke karpet merah dengan menggayakan custom made dress serba putih rekaan Wei Hao Yong. Manakala aksesori pula dari (wait-a-minute) Charles & Keith! Boleh lah korang tiru balik look Ain ni.
Kami pun obses dengan solekan daripada Natassia Syamin ini. Warna-warna orange-golden bersama blush nipis pada pipi dah cukup untuk menaikkan seri Ain.
Raysha Rizrose
Okay, TBH foto ini bukanlah foto terbaik untuk melihat dress Raysha Rizrose. Tetapi kalau korang berada di karpet merah semalam, trust us she was so – cute and elegant!
Raysha adalah antara selebriti yang memilih untuk memakai dress pendek di bawah lutut. Dan memandangkan Anugerah Skrin ini lebih kasual berbanding acara besar lain, kami menyukai kelainan yang dibawakan oleh Dewi Remaja 2014/2015 ini.
Cuma kami harapkan rambutnya dan aksesori subang itu boleh ditukar menjadi lebih moden – high ponytail mungkin? Selain daripada itu, it is a yes!
Syafiq Kyle
Tahniah Syafiq Kyle atas kejayaan selaku Pelakon Lelaki Terbaik – Drama Rantaian menerusi Nur! Setelah lebih lima tahun di dalam industri, akhirnya perjuangan kariernya diangkat dengan anugerah tersebut.
Syafiq juga tak kalah di karpet merah. Sebagai selebriti lelaki, tentunya ada kekangan untuk mereka bergaya. Syafiq menggayakan sut daripada Hackett London (dia juga pernah berjalan sebagai model jenama itu pada KLFW 2018).
Kelainan yang dibawakan olehnya dengan menggantikan tie kepada square pocket ‘bertingkat’ menyerlahkan aura Syafiq sebagai pelakon dan selebriti yang mudah mesra.
Amyra Rosli
Double the fun! Seorang lagi pelakon drama Nur iaitu Amyra Rosli turut menaiki pentas untuk meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Drama Rantaian. TBH, kami tak sempat untuk melihat kelibat Amyra di karpet merah semalam.
Sejurus selepas menonton menerusi kaca tv, we were not sure of this dress. Iyalah, pandangan kamera televisyen kan terpotong. Kami hanya boleh melihat bahagian muka dan bahunya saja.
Tetapi selepas foto ini keluar di ruangan Instagram, Amyra membuktikan dia adalah pelakon yang sofistikated dengan menyarungkan dress daripada Rizman Ruzaini ini. Nampak, ramai yang setuju apabila netizen memuji kecantikan Amyra semalam.
Diana Danielle
Kami semua nak jadi seperti Diana Danielle!
Semalam merupakan hari ulang tahun keenam buat Diana dan suami, Farid Kamil. Tetapi Diana masih kelihatan elegan dan sofistikated seiring dengan usia. Dress cantik rekaan Bhawna Navneet ini dibalas dengan solekan dramatik dan rambut severe ke belakang sentuhan Bosco.
Nora Danish
Dekat lobi lif / bilik mandi pun boleh! Nora tetap nampak elegan dan lebih muda dari usia semalam apabila menyarungkan busana full skirt daripada koleksi KLFW Fiziwoo ini. Koleksi tersebut memiliki beberapa rekaan yang sememangnya sesuai dengan acara besar seperti Anugerah Skrin.
Nora bijak memilih rekaan yang fresh, sesuai dengan personalitinya sebagai fesyenista. Solekan Khir Khalid juga melengkapkan pakej Nora semalam.
Alif Muhaimin
Memakai sut penuh rekaan Razman Razmi, penulis sukakan detailing yang ada padanya. Daripada brooch, aksesori hitam pada butang neckline dan square pocket. Semuanya nampak kena dengan corak fabrik suit yang disarung Alif.
Cuma, pemilihan sneakers NIKE sebagai elemen kasual pada sut ini nampak seakan tak kena. Yes, Alif is young dan seharusnya digayakan lebih muda. Tetapi, kasut oxford ataupun loafers mungkin boleh membuatkan gaya ini lebih menyakinkan.
Others Yang Kami Juga Sukakan!
Zahirah Macwilson
Dress: Rizman Ruzaini
Solekan & Dandanan: Nuex Rosli & Juu Ko
Sharifah Sakinah
Dress: Afiq M & Off White
Solekan & Dandanan: Najeeb Azmi
So, siapa favourite korang semalam? Atau ada yang kami tak senaraikan?
Ini 6 Sebab Fresh Grads Dijangka Susah Dapat Kerja Tahun Depan

Menurut Persatuan Majikan Malaysia (MEF), peluang pekerjaan pada tahun 2018 dilihat agak sedikit getir buat anda.
Sesetengah syarikat akan lebih berkira-kira untuk mewujudkan jawatan baru dan para graduan mungkin terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan untuk menyara kos kehidupan seharian.
Maka dengan itu, berikut merupakan beberapa kemungkinan yang bakal para graduan hadapi pada tahun hadapan:
1. Graduan muda nampaknya lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tiada pengalaman bekerja
Agak susah untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam industri mendapatkan pekerjaan, terutamanya bagi pekerjaan yang bergaji besar.
Namun, graduan yang mempunyai kemahiran IT punya kelebihan kerana bidang ini masih mempunyai demand. Jadi, tak salah kalau korang belajar kemahiran lain untuk mempertingkatkan lagi kebolehan diri.
2. Kos operasi yang tinggi salah satu sebab utama tiada peluang pekerjaan yang ditawarkan
Antara sebab-sebab masalah ini adalah kerana kos operasi tambahan yang perlu diambil majikan seperti Skim Insurans Pekerjaan baru (EIS) dan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja swasta tahun hadapan.
Pengarah Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, majikan akan lebih berhati-hati dalam mewujudkan jawatan baru dan graduan maru mungkin perlu melakukan kerja-kerja bergaji rendah seperti memandu untuk perkhidmatan pengangkutan.
Majikan juga perlu memikirkan tentang peraturan konvensyen dan protokol antarabangsa mengenai pekerja asing dengan menyediakan tempat tinggal, upah dah faedah-faedah lain.
3. Walau bagaimanapun, terdapat kira-kira 100,000 peluang pekerjaan dibuka pada tahun 2018
Jangan terlalu risau kerana masih ada peluang kecil yang menanti kerana 100,000 pekerja akan bersara tahun depan ketika pada usia mereka yang ke 60 tahun.
“Ini adalah kumpulan pertama yang sepatutnya bersara pada tahun 2013, tetapi disebabkan lanjutan lima tahun, mereka akan bersara tahun depan. Ini akan membuka peluang buat kira-kira 100,000 graduan muda,” jelas Shamsuddin Bardan.
4. Graduan muda yang punya kemahiran lebih diperlukan
Seorang profesor di Sunway University Business School, Yeah Kim Leng bersetuju bahawa individu yang mempunyai kemahiran IT yang baik akan sentiasa diperlukan terutamanya dalam bidang e-dagang dan ekonomi.
5. Industri-industri yang mempunyai kekosongan yang rendah termasuklah perbankan, elektronik dan pembinaan
Seorang lagi pakar, Hoo Ke Ping, pengarang beberapa buku mengenai ekonomi antarabangsa telah melihat isu ini dan mengatakan bahawa sektor awam, industri perbankan dan beberapa sektor swasta tidak akan mempunyai banyak kekosongan.
Sementara itu, industri pembinaan, elektronik dan sektor yang berkaitan dengannya seperti pengangkutan dan simen juga dilihat perlahan.
6. Pilihan pekerjaan alternatif seperti food trucks dan perniagaan online jadi lebih popular
Selepas Perdana Menteri mengumumkan tentang pinjaman mudah bernilai RM120 juta akan diberikan kepada 1000 food trucks 1Malaysia (FT1M) semasa pengumuman bajet 2018 baru-baru ini, Hoo meramalkan bahawa ramai graduan muda yang akan mengambil tawaran ini untuk menjalankan bisnes food trucks.
Ramai anak muda akan beralih ke bidang perniagaan online kerana dijangka lebih ramai yang akan menggunakan perkhidmatan shopping online.
Namun begitu, janganlah pula sampai ada yang tak tidur malam selepas membaca artikel ini. Percaya dengan rezeki, jika disertakan dengan usaha gigih, insyaAllah pasti ada jalan dan ruang untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baik.
Sumber: World of Buzz
Nai Dinamik Tidak Menyesal Sertai Gegar Vaganza, “Rehearsal Berjalan Lancar, Malam Ini Sound Delay Pula…”

Penyingkiran vokalis kumpulan Dinamik, Nai pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza malam tadi mungkin terjadi akibat beberapa faktor seperti yang dikeutarakan oleh juri tetap.
Begitupun buat penyanyi berusia 58 tahun itu, beliau tidak sesekali menyesali pengalamannya di pentas tersebut sepanjang tiga minggu penyertaan.

“Semalam rehearsal okay, berjalan lancar tiada gangguan. Cuma terkucil sedikit malam ini sebabkan banyak perkara.
“Malam ini sound delay pula satu saat. Di situ, saya jadi cemas nak masuk (key) di mana? Intro solo (gitaris) solid tapi tak kedengaran. Drum okay, yang lain okay.
“(Gegar Vaganza) merupakan pengalaman pertama saya memakai ear monitor. Tapi saya enggan salahkan penggunaan (ear monitor).
“Saya sudah bersedia saja dengan apa sahaja kemungkinan sejak minggu pertama. Saya sudah bersedia untuk redha. Cuma saya belum dapat membaca ‘permainan’ Gegar Vaganza ini dan jujurnya, saya belum bersedia untuk bertanding besar-besar ini,” katanya yang sekadar mengutip 40.60 markah menerusi lagu nyanyian asal XPDC, Apa Nak Dikata.
BACA: Kedudukan Pertama Liza Aziz Belum Tercabar, Kesilapan Nai Dinamik Buatkannya Tersingkir – Remaja
Nai yang popular dengan lagu-lagu hit awal 90-an seperti Di Antara Gadis dan Biar Putih Tulang bersama kumpulan Dinamik memilih untuk bersyukur dengan peluang yang diterimanya ini walaupun perjalanan tersekat di tengah jalan.
Kongsinya, sejak menyertai Gegar Vaganza, ramai rakan penganjur persembahan yang mula mencarinya kembali untuk menawarkan peluang beraksi di pentas.
“Niat saya sejak awal, saya sudahpun bersyukur dijemput oleh Astro untuk naik pentas sebesar ini dan dapat bertemu dengan kamu (media).
“Bila kumpulan Dinamik dahulu sudah lama tidak muncul, ramai yang telah melupakan kami. (Sekarang) sahabat-sahabat lama pun ada yang mencari. Yang baru pula mengenali saya menerusi TikTok,” katanya.
Bercakap mengenai perancangannya selepas ini, Nai bakal melakukan comeback bersama kumpulan Dinamik menerusi single terbaru. Ia sebenarnya sudahpun dirancang lebih awal tetapi disebabkan penyertaan Gegar Vaganza, ia terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
“Saya dah berumur jadi tentulah kita tidak akan ‘banging’ (ketawa). Sebolehnya, lagu-lagu baru akan lebih clean namun masih bergenre rock,” ujarnya.
Ramalan Nai Dinamik
Tentunya, REMAJA ingin mengetahui siapakah di antara 13 peserta lain yang menurut penelitian Nai akan memberikan saingan sengit sehingga ke peringkat akhir.
Selepas saya mengikuti sesi latihan bersama mereka, (saya merasakan) The Lima selalu lakukan latihan dengan dasyat. Mereka ada peluang untuk ke final. Liza Aziz tentunya. Sheila Abdul juga, InsyaAllah.
“Saya harap mereka yang masih bertanding akan melakukan latihan sebaik mungkin. I sayang you all, you all pun sayang I. I tahu! (ketawa),” simpulnya.
FOTO: Astro / Azrul Rafie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.