Berita

Zahnita Luah Sebak Terima Kata-Kata Semangat & Doa Orang Ramai, Netizen Ajak ‘Support’ Bisnes

Share

Aktres dan bekas model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang telah memberi sokongan buatnya selepas membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan. Saya akan bersama anda sebentar lagi,” coretnya di ruangan kapsyen.

Selain itu, Zahnita yang juga seorang usahawan, sempat mempromosikan perniagaannya dalam hantaran tersebut.

BACA: Isu Batal Konsert: Aisha Retno Harap Dapat Selesai Secara Baik & Tertutup Dengan Penganjur, Mahu Fokus Karier Nyanyian

“Tempahan sekarang sudah dibuka ‘i love you 3000’,” katanya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan dan meniupkan kata-kata semangat buat pelakon filem popular Kuliah Cinta itu.

Mereka juga berharap wanita berusia 39 tahun itu akan diberi ketabahan dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.

Sebelum ini, Zahnita mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi foto matanya yang lebam, sambil mendakwa kecederaan tersebut akibat dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Pendedahan ini mendapat perhatian ramai, termasuk mereka yang mengecam tindakan keganasan rumah tangga.

Sekadar info, Zahnita dan Abdul Zackery mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat orang anak.

Pasangan ini pernah berdepan dengan masalah rumah tangga, dan pada tahun 2013, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai. Walaupun begitu, mereka masih bersama sehingga kini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Zahnita

Published by
Fath