Bila tiba hari raya sudah tentu kita ingin meraikan bersama keluarga tersayang, terutamanya ayah dan ibu. Namun, bagi keluarga yang telah berpisah mungkin ada sedikit kesukaran kerana tidak lagi tinggal sebumbung.
Baru-baru ini, anak kepada penyanyi lelaki terkenal Jamal Abdillah, Zaki Yamani telah membuat pengakuan bahawa dia sudah lama tidak menyambut hari lebaran bersama bapanya dan kali terakhir mereka beraya bersama adalah sekitar lapan tahun lalu.
Rentetan daripada hal itu, Jamal Abdillah telah memberitahu Mstar bahawa dia dihalang untuk bertemu dengan anaknya oleh bekas isteri, Fatimazatuzahra Samad selepas mereka berpisah. Walau bagaimanapun, Jamal dikatakan telah bertemu Zaki di rumah seorang kawan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dan menganggap ia adalah satu pertemuan yang penuh bermakna.
Namun begitu lain pula jadinya apabila Zaki telah memuat naik sebuah video menjelaskan bahawa ibunya tidak pernah menghalang dia bertemu dengan Jamal Abdillah, sebaliknya ayahya yang tidak mahu berjumpa dengannya dan tidak membalas mesej Zaki.
View this post on Instagram
“Berkenaan dengan isu mak saya halang ayah saya berjumpa saya sebenarnya itu adalah tidak benar. Jadi, untuk Baba kalau boleh berhentilah burukkan Mummy sebab bila Zaki sakit, dialah yang ada dengan Zaki dan jaga Zaki di hospital,”
“Baba boleh je jumpa Zaki sebenarnya, Baba janji nak jumpa haritu tapi tak jumpa. Zaki WhatsApp pun Baba tak balas, call tak jawab. Kalau boleh sudahlah berhenti burukkan ibu Zaki,”
Apa-apa pun diharap kemelut keluarga ini dapat diselesaikan dengan baik dan semoga mereka kembali bersatu pada hari raya Aidilfitri nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=9DQhaU6VfAM