Zamani Slam Dilihat Makin Bongkok, Ini Yang Netizen Perlu Tahu Tentang Penyakit Skoliosis

Share

Masalah tulang bengkok atau juga skoliosis bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.

BACA LAGI : 7 Selebriti Hollywood Ini Rupa-Rupanya Punya Pasangan Kembar

Bagi korang yang mungkin tidak tahu, penyanyi lagenda dan popular dengan lagu Gerimis Mengundang iaitu Zamani Slam salah seorang yang menderita dengan penyakit ini.

Foto Via Instagram ZamanSlam

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @annasoffiya telah memuat naik video memaparkan Zamani sedang membuat persembahan di Bangi Avenue Convention Center (BACC). Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat keadaan terkini Zamani dimana keadaan fizikal Zamani terlihat berubah disebabkan skiliosis. Akan tetapi, ia tidak menjadi penghalang untuk Zamani menyanyi dengan baik sekaligus menghiburkan para tetamu yang ada.

 

@annasoffiya Reply to @panjang_tyreman56 sy sempat ambil video ini je . 🥰🤙🏻🥰🍃🙏#fyp #fypシ #zamanislam #zamani ♬ original sound – Anna Soffia

Dilaporkan sebelum ini, Zamani Slam mengakui masalah tulang belakang melengkung atau skiliosis yang dihidapinya sejak dua tahun lalu kini semakin serius. Malah, beliau juga sedang mendapatkan khidmat rawatan tradisional sebagai ikhtiar untuk merawat masalah tulang belakangnya yang semakin membengkok.

Apa Itu Skoliosis

Skoliosis adalah keadaan dimana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan. Ianya selalu berlaku ketika mana ketinggian badan sedang meningkat dengan pesat iaitu pada golongan remaja.

Perkataan skoliosis sebenarnya berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud melengkung atau membengkok. Dalam perubatan pula ianya secara spesifik digunakan bagi mengambarkan tulang belakang yang bengkok.

Kes skoliosis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu

  1. Congenital – Bermaksud berlaku sejak lahir lagi.
  2. Acquired – Bermaksud berlaku selepas daripada kelahiran. Kebanyakan pesakit tidak mempunyai punca yang jelas kepada masalah tersebut. Punca yang tidak jelas ini dipanggil sebagai idioptahic. Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan yang diketahui boleh menyebabkan masalah ini seperti masalah cerebral palsy dan juga muscular dystrophy

Kebanyakan kes skoliosis adalah sangat sedikit dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit. Tetapi jika lengkungan tulang belakang itu adalah teruk, ia boleh menyebabkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan betul.
Kanak-kanak yang mempunyai skoliosis yang tidak teruk selalunya hanya akan dipantau sahaja untuk melihat sama ada tulang itu semakin membengkok ataupun tidak.

Apakah tanda-tanda skoliosis?

Terdapat beberapa tanda seseorang itu mengalami skoliosis. Ia adalah:

  • Bahu yang tidak sama paras. Satu tinggi dan satu rendah
  • Sebelah bahagian tulang belikat nampak lebih jelas berbanding sebelah yang lain
  • Pinggang yang tidak sama para
  • Bila menunduk, kelihatan bahagian belakangnya tidak lurus.


Faktor risiko

Faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami skoliosis ialah:

  • Usia: Selalunya simptom akan muncul pada waktu akil baligh
  • Jantina: Kedua-dua jantina boleh menghadapi masalah ini. Tetapi ianya selalu berlaku pada kaum wanita
  • Sejarah keluarga: Skoliosis boleh berlaku di dalam keluarga yang sama.

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku. Tetapi selalunya ia berlaku pada mereka yang mengalami lengkungan tulang belakang yang teruk. Beberapa komplikasi tersebut adalah:

  • Tekanan pada paru-paru dan jantung. Dalam skoliosis yang teruk, Perkembangan paru-paru terjejas menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan sepenuhnya
  • Masalah belakang: Skoliosis juga akan menyebabkan sakit belakang yang kronik pada pesakit.

Apakah rawatan skoliosis?

Jika skoliosis tersebut terlalu sedikit, selalunya doktor tidak akan melakukan apa-apa rawatan dan hanya lebih kepada pemantauan.

1. Senaman Schroth

Jika skoliosis itu sedikit teruk, pesakit selalunya akan dirujuk kepada ahli fisioterapi dimana mereka akan mengajar senaman Schroth. Ia bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang lemah dibahagian belakang badan.

2. Braces(Pendakap badan)

Jika pesakit adalah kanak-kanak yang masih lagi membesar dan sudut lengkungan tulang belakang itu melebihi 20 darjah, maka adalah disyorkan menggunakan pendakap badan ataupun braces bagi mengekang tulang berlakang tersebut menjadi lebih bengkok.

Kebanyakan jenis braces ini diperbuat daripada plastik. Selalunya ia akan dipakai pada waktu pagi dan malam. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukan atau permaianan perlulah menanggalkan braces ini terlebih dahulu.

Pesakit tidak lagi perlu memakai braces ini ketika ketinggiannya sudah tidak bertambah.

3. Pembedahan

Jika sudut lengkungan itu melebihi 45 darjah, pesakit selalunya akan disyorkan melakukan pembedahan untuk meluruskan tulang belakang tersebut. Selepas pembedahan dibuat, tulang belakang menjadi lurus

Mari lah kita sama-sama mendoakan agar abang Zamani kembali sihat dan tulang belakangnya akan menunjukkan perkembangan positif.

ARTIKEL BERKAITAN : Hati-Hati Bila Ada 4 Tanda Ini, Itu Petanda Ada Masalah Tulang Bengkok @ Skoliosis

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : TikTok @annasoffiya / Dr Latif Saad ( The Diagnosa)

Published by
Nana