Zar Li Moe Dinobat Miss Universe Myanmar 2022, Cemerlang Menang Tiga Kategori Sampingan

Share

Setelah ditangguhkan selama setahun, akhirnya Myanmar mengangkat wajah baharu untuk menjadi wakil negara tersebut.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Gadis berusia 20 tahun asal Bhamo, Zar Li Moe telah dinobatkan sebagai Miss Universe Myanmar 2022 dalam satu majlis berprestij yang diadakan di ibu kota negara itu, Yangon.

Dia yang merupakan seorang peragawati telah berjaya mengalahkan 15 peserta lain untuk mengungguli pertandingan tersebut.

Selain menang gelaran utama, nilai konsisten yang ditonjolkan terserlah apabila dia turut menang tiga kategori sampingan. Tiga kategori itu adalah Miss Royal by Lucky Diamond, Miss Beautiful Smile dan Face of Pan Aesthetic Awards.

Zar Li Moe bakal mewakili negaranya ke pertandingan Miss Universe 2022 edisi ke-71 yang akan diadakan di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan.

BACA JUGA: 5 Selebriti Bergelar Pensyarah. Bukan Sahaja Berbakat Besar, Bahkan Berpendidikan Tinggi

Gadis tinggi lampai ini memiliki tugas yang menggunung tinggi apabila pemenang edisi terdahulu berjaya menjadi peserta top 21 dan mara ke peringkat separuh akhir.

Myanmar pertama kali menyertai pertandingan Miss Universe pada tahun 2013.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen