
Hello Khai!
Akhirnya, pasangan selebriti popular Zayn Malik dan Gigi Hadid telah mengumumkan nama cahaya mata pertama mereka berdua menerusi paparan bio di Instagram Gigi. How very millennial of them.
Walaupun wajah Khai masih belum dikongsikan oleh mereka, populariti yang dimiliki oleh Khai kini cukup luar biasa di media sosial.
Berkenaan pemilihan nama tersebut yang bermaksud ketua (dari perkataan Kaisar) dan kebaikan (Khair), baik Gigi mahupun Zayn masih belum membuka mulut mengenainya. Kami pasti dalam masa terdekat ini, mereka akan berkongsi info mengenainya.
Cuma apa yang peminat ketahui, nama Khai ini mempunyai maksud yang mendalam buat Gigi.
Ini kerana ia merupakan nama tengah adiknya, Isabella Khair Hadid yang lebih popular dengan panggilan Bella Hadid.
Malah, ia juga merupakan nama mendiang nenek kepada Gigi dan Bella iaitu Khairia Hadid yang meninggal dunia pada tahun 2008. Info ini telah dikongsikan sendiri oleh ayah Gigi iaitu Mohamed Hadid di akaun Instagramnya, Julai tahun lalu.
Telah Beri Hint, November Lalu
Gigi mungkin baru menambah status ‘ibu kepada Khai’ pada bulan ini. Tetapi dia sebenarnya telahpun memberi hint seawal bulan November lalu mengenai nama bayinya itu!
Ia telah dikesan oleh para pemnat Gigi sendiri yang bertindak untuk ‘zoom in’ ke arah satu sudut dalam foto Krismas Gigi. Di bawah pokok krismas di kediaman keluarga Gigi, tertera nama Khai bersama-sama hiasan yang mereka letakkan.
Salah seorang berkata, “Saya nampak nama Khai dalam foto terakhir, omgg.”
Siapa sangka kan?
Kami harapkan Gigi dan Zayn memperolehi rehat yang cukup sementelah Gigi memuat naik foto di Instagram untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Zayn, 12 Januari lalu.
Katanya, “Team No Sleep! Happiest birthday to our Zaddy baba. So Special. Love you long time, thank you for makin me a mma to the best girl ever. Wish you the best every single day.”
ARTIKEL BERKAITAN : Zayn & Gigi Timang Bayi Perempuan, 1D Ucapkan Tahniah Tak?
Kenali Nama Lain Bagi Garam, KP Kesihatan Ingatkan Rakyat Malaysia Bahaya Perasa Ini

8 March bukan sehaja Hari Wanita Sedunia namun merupakan minggu Kesedaran Garam Sedunia juga.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian kaum budaya dan makanan yang sedap-sedap. Jadi bahan perisa tu memang makanan kita kan. Tak cukup masin? Tambah garam. Tak cukup lagi?? Tambah aje. Sampai satu tahap makanan tu dah tak rasa seperti yang sepatutnya dek sebab letak garam banyak sangat.

Bersempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru agar rakyat Malaysia mengambil beberapa langkah mudah bagi mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan harian. Antaranya :
- Kenali nama lain bagi garam dalam makanan, seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate dan Monosodium Glutamate, membaca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium sebelum membeli makanan.
- Hadkan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu teh sehari, termasuk garam beriodin bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan strok
Garam dalam masakan tu boleh, tapi berpada-pada. Lebih garam boleh menyebabkan macam-macam jenis penyakit. Nak tahu?
1. Penyakit jantung
Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.
2. Penyakit ginjal
Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.
Penyakit ginjal dan hipertensi berhubung kait dengan kitaran yang berkesinambungan. Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.
Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.

3. Osteoporosis
Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.
Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.
4. Kanser
Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.
5. Hipernatremia
Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.
Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. Hal ini bisa menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.
6. Gangguan saraf
Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.
Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.
Untuk info, dengan tema ‘Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi’ Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia berlangsung dari 8 hingga 14 Mac.
Sumber : Astro Awani, Mstar
Salah Faham Tentang Influenza Dalam Masyarakat, Doktor Ini Jelas Situasi Sebenar

Wabak influenza yang melanda negara semakin membimbangkan oleh semua masyarakat Malaysia. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil.
Makin ramai ingin mengetahui apa itu influenza dan mendapatkan vaksin. Namun begitu, menurut laporan oleh Medical Mythbusters Malaysia, situasi kesedaran yang semakin meningkat tidak sama dengan panik.
Apa yang digambarkan oleh mereka bila mana klinik mendapat berpuluh panggilan bertanyakan tentang vaksin influenza, bila semua pesakit demam meminta tamiflu, bila masyarakat marah-marah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kenapa tak bagi vaksin influenza dekat klinik kerajaan.
Ini bukan ambil berat, ini namanya panik.
Menurut laman tersebut juga, masyarakat tidak perlu panik dengan situasi influenza di negara kita. Tidak ada jenis influenza yang menyebabkan lebih banyak kematian di negara ini, jenis influenza yang ada tidak kaitan dengan kes jangkitan paru-paru novel coronavirus yang berlaku di China.

KKM tak sorok data
KKM juga bukan nak tutup kes atas dasar politik. Kalau memang betul ada jenis yang berbahaya memang akan terus diberitahu. Influenza yang berlaku adalah influenza bermusim (seasonal influenza).
Negara kita memang akan melihat peningkatan kes influenza pada Jan hingga Mac, Julai hingga September dan November hingga Disember. Situasi influenza sentiasa dipantau, sudah bertahun negara kita ada 'influenza like illness surveillance'.
Boleh sembuh sendiri
Korang juga perlu tahu yang influenza ini boleh sembuh sendiri (self limiting) jika yang dijangkiti adalah orang yang sihat. Ia boleh menjadi lebih teruk kepada mereka yang berisiko (ibu mengandung, kanak-kanak bawah 12 bulan dan warga emas).
Kalau korang sihat, anak-anak sebelum ini tiada penakit dan klinik tersebut tiada vaksin influenza, tak dapat tamiflu pun tidak mengapa. Hanya ambil ubat seperti biasa, minum air yang banyak dan teruskan lihat keadaan anak-anak. Jika semakin lemah, susah bernafas barulah perlukan rawatan di hospital. Jika keadaan semakin lemah dan sukar bernafas, barulah perlu rawatan di hospital.

Cara pencegahan
Pencegahan yang paling berkesan adalah dengan sentiasa membasuh tangan. Sebelum makan, sebelum sentuh anak, selepas keluar tandas dan selepas batuk.
Tak perlu beli berbotol-botol spray antiseptic dan fogging satu rumah. Cukuplah sentiasa pastikan pengaliran udara yang baik ke dalam dan ke luar rumah. Mop lantai rumah dan lap permukaan di atas rumah dengan sabun cuci seperti biasa pun sudah mencukupi.
Tak perlu juga takut nak bawa anak-anak pergi appoinment klinik atau pergi kenduri atau melawat ke rumah orang lain. Cukup dengan berhati-hati sahaja. Jika ada nampak ada orang yang batuk, nasihatkan mereka untuk tutup mulut dan sentiasalah basuh tangan.
Vaksin influenza tu bukan kena ambil tahun ini sahaja ya. Kena ambil setiap tahun. Lagi bagus kalau ambil waktu cuti sekolah sebelum sekolah buka ataupun waktu sekolah baru buka. Jika tidak pasti, silakan bertanya. Tambah pengetahuan dengan cara yang betul dan elakkan buat andaian sendiri.
Diharap perkongsian ini dapat membantu korang untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang influenza dan salah faham yang sering berlaku dalam masyarakat kita.
Apa-apa pun, jaga diri dan kesihatan dengan baik.
Sumber: Dr. Fadly Khairie
Girl Power! 8 Pemimpin Wanita Negara Yang Bukan Sekadar ‘Pemanas Kerusi’

Isi Kandungan
Toggle
Jumlah ahli parlimen wanita sejak 1999 dilihat konsisten. Mungkin ‘terlalu konsisten’ sehinggakan tiada peningkatan signifikan.
Disebabkan itulah, terdapat laungan kuat oleh beberapa para aktivis wanita di Malaysia yang menyeru agar representasi wanita di dalam pemerintahan negara ditingkatkan sehingga 30 peratus. Ini adalah bagi peringkat negeri mahupun untuk peringkat nasional.
30 peratus di peringkat negeri bermaksud sekurang-kurangnya 3 orang exco wanita dan di peringkat negara pula, sekurang-kurangnya 8 orang menteri wanita.
Pada peringkat penamaan calon tempoh hari, rata-rata persatuan aktivis wanita yang dianggotai oleh wanita belia (berumur 25-35 tahun) gembira apabila lebih ramai calon wanita diperkenalkan oleh parti kerajaan mahupun pembangkang.
Namun semalam, ketika kerajaan negeri Selangor mengumumkan barisan exco negeri tersebut, hanya DUA orang wanita yang dipilih iaitu Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Seri Serdang).

Apa jadi dengan bayangan 30 peratus wakil wanita dalam pemerintahan, you may ask? Hanya seorang saja lagi wakil wanita yang perlu dipilih, seorang je untuk membentuk 30 peratus. Akhirnya, rakyat selangor terpaksa berpuas hati dengan hanya dua. Sigh.
Kerajaan Selangor merupakan negeri pertama yang telah membuat pengumuman. Sama-samalah kita tunggu bagaimana situasinya di negeri lain pula.
But for now, jom lihat siapa 10 calon wanita yang mampu mengoyang dunia pemerintahan Malaysia, GIRL POWER!
01
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
(Timbalan Perdana Menteri)
Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia akan mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita dan itu adalah satu pencapaian yang amat tidak disangka-sangka akan berlaku.
Malah, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mengucapkan tahniah atas perlantikan tersebut dan merasa bangga sejarah dapat dicatatkan. “Walaupun kami berbeza pandangan politik tetapi sebagai seorang ibu dan pemimpin wanita, saya yakin Wan Azizah boleh melakukan tugasan dengan baik insyaAllah,” kata beliau.
02
Tan Sri Dr. Zati Akhtar Aziz
(Majlis Penasihat Elit – Council of Elders)
Daripada lima orang ahli cendikiawan yang dipilih oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk menyertai Majlis Penasihat Elit Kabinet, Tan Sri Zeti Aziz merupakan satu-satunya wanita di situ.
Dengan pengalaman 16 tahun sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri positif terhadap pemulihan semula ekonomi negara seperti yang pernah berlaku pada pertengahan 1990-an di bawah era pentadbiran Tun M.
03
Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut
Bekas ahli DUN Subang Jaya ini berkata rakyat kini lebih yakin untuk menyumbang ke arah ekonomi negara dan kekal tinggal di negara ini.
“Suasana kini lebih positif, sudah tiba masa lebih ramai generasi muda untuk menyertai barisan penjawat awam. Kita perlukan guru, doktor dan jurutera yang bagus untuk membangunkan negara.”
04
Rina Harun
Ahli Parlimen Titiwangsa
Walaupun masih ramai netizen yang tidak mengenali siapa beliau, Rina Harun sebenarnya merupakan Ketua sayap wanita bagi Bersatu. Walaupun dilihat kurang popular berbanding Ketua saya pemuda parti tersebut iaitu Syed Saddiq, Rina dilihat berdedikasi bagi membangunkan wanita di negara ini.
“2 hari selepas saya dilantik, saya memutuskan untuk mengelilingi negara bagi berkempen. Bagi saya peringkat akar umbi itu penting. Biarlah Tun M, Presiden Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Mukhriz dan Syed Saddiq bercakap manakala saya pula lakukan ground work.
“Takkanlah kita nak semua bercakap, kan? Kerja tetap kerja.”
05
Dr. Norlela Ariffin
Ahli Dun Penanti
Beliau merupakan salah seorang ahli politik wanita PKR yang berani untuk berhadapan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng and that says a lot of things.
Dr. Norlela pernah disebut-sebut akan menggantikan Parlimen Kajang yang dipegang oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah (Parlimen Pandan). Bukan calang-calang orang boleh memegang kerusi panas itu. Tetapi Dr. Norlela masih dengan prinsipnya untuk bertanding di DUN Penanti, Pulau Pinang.
Antara usaha berjaya di bawah Dr. Norlela adalah menutup kilang haram di Sungai Lembu, projek mengurangan banjir dan pembinaan infrastruktur seperti kompleks sukan serta dewan serbaguna.
06
Young Syefura Othman
Ahli Dun Ketari
Calon muda dan penerima Dana Sinar Haria, Young Shefura Othman tak menyangka boleh menang kawasan yang ditandinginya. Young Syefura atau mesra dengan panggilan Rara ini mencuri perhatian netizen muda dengan gaya fesyennya sepanjang tempoh berkempen.
YB berusia 28 tahun ini selesa memadankan baju kurung moden dan baju kebaya labuh dengan tudung matching semasa turun padang. “Mereka kenali saya, dan ingin mengambil gambar terutamanya remaja perempuan. Saya bukanlah pakar fesyen tetapi saya akan memakai mengikut situasi.”
07
Rubiah Wang
Ahli Parlimen Kota Samarehan
Bukan saja Rubiah mengalahkan dua lagi calon lelaki daripada parti PKR dan PAS, malah majoriti yang dimenanginya juga jauh meninggalkan pencabar. Undian yang diterimanya pada kali ini juga meningkat berbanding pada PRU ke-13.
Rubiah membuktikan walaupun dia mewakili parti yang tidak popular di kalangan netizen, penduduk Kota Samarahan masih yakin dengan kepimpinannya sebagai calon di situ.
08
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Nurul Izzah yang juga memangku jawatan Naib Presiden PKR mengekalkan komitmennya untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi menyokong kebebasan media.
Usaha itu dilihat beliau untuk membentuk persekitaran media yang terbuka dan untuk meraikan kebenaran.
“Kita perlu adil menerima kritikan dalam membina negara. Sejak 2012, sudah saya siapkan dokumentasi bagi memansuhkan akta yang mengekang kebebasan media. InsyaAllah, tak lama lagi.”