
Pasangan romantik, penyanyi Zayn Malik dan model Gigi Hadid telahpun menyambut kelahiran anak sulung perempuan mereka menerusi media sosial pada hari ini.
Bagaimanapun, hari kelahiran sebenarnya adalah pada hujung minggu lalu, seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.
Foto pengumuman tersebut menunjukkan Zayn sedang membelai anaknya sambil Gigi memuat naik caption berbunyi, “Anak perempuan telah dilahirkan ke dunia pada hujung minggu lepas dan dia telahpun mengubah dunia kami. So in love”.
Zayn juga tak melepaskan peluang untuk berkongsi berita gembira tersebut menerusi foto comenl seperti di bawah.
“Inilah anak perempuan kami, sihat dan cantik. Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya buat masa ini.
“Kasih yang saya terima hanya daripada tangan bayi kecil yang saya genggam ini amatlah hebat. (Saya) bersyukur untuk mengetahuinya, saya bangga untuk memanggilnya anak saya dan saya bersyukur terhadap kehidupan yang kami ada bersama.”
Seperti yang dijangka, ramai selebriti Hollywood mulai mengerumuni bahagian komen dan status untuk mengucapkan tahniah kepada Zayn dan Gigi.
Hailey Bieber
Olivia Culpo
Halima Aden
Patrick Schwarzenegger
Kourtney Kardashian
CHLOE x HALLE
Ashley Tisdale
Tambah comel sangat ayah kepada Gigi, Mohamed Hadid juga melontarkan ucapan tahniah. “Tahniah … Kasih Jido (panggilan datuk) akan selalu menjadi milik kamu, baby girl.”
Bagaimanapun, ucapan tahniah daripada ahli kumpulan One Direction seperti Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson masih tidak kelihatan. Besar kemungkinan mereka telahpun mengucapkannya secara private.
*
Ini cara Zayn dan Gigi mengekalkan hubungan mereka.
Sebulan Sebelum ‘Meletup’, Ini 5 Cara Gigi Hadid & Zayn Malik Kekalkan Hubungan On-Off
Pasangan Anda Bipolar Seperti Hubungan #KimYe? Pensyarah Taylor’s University Ini Berikan Tip

Minggu lalu, personaliti realiti TV, usahawan dan sosialit popular Kim Kardashian yang telah secara rasminya kembali bergelar ‘bujang’ telah memenuhi tajuk utama berita hiburan di seluruh dunia.
Kisah penceraian Kim dengan bekas suaminya, Kanye West (atau Ye) yang mana berkongsi empat orang cahaya mata bersamanya telah berlarutan selama bertahun-tahun lamanya. REMAJA juga pernah melaporkan mengenai perasaan berbelah bahagi yang dirasai Kim; sama ada untuk terus bersama Ye atau meninggalkannya melalui perceraian.
ARTIKEL BERKAITAN : 6 Tahun Bertahan, Kim Kardashian – Kanye West Bercerai – REMAJA

Apa yang kita ketahui adalah; Kanye telah menuduh Kim menculik anak-anaknya atau menghalangnya berjumpa dengan mereka, mengkritik hubungan Kim dengan teman lelakinya, Pete Davidson, mempersoalkan kemahiran keibu-bapaannya, menghina Pete berulang kali di media sosial dan meminta pengikutnya menjerit kepada Pete untuk pihaknya.

Bukan setakat itu, pada sambutan Hari Kekasih Februari lalu, Kanye percaya bahawa dia sedang berjuang untuk keluarganya dan Tuhan akan mempertemukan dia dan Kim kembali.
ARTIKEL BERKAITAN : Kanye Diserang Simptom ‘Ex Tak Boleh Move On’? Hantar Setrak Bunga Pada Kim Kardashian – REMAJA
Tingkah laku ini tentunya berkait rapat dengan gangguan bipolar yang dialami Kanye. Rapper itu sendiri pernah bersikap jujur dan mengakui dia telah berhenti mengambil ubat-ubatannya.
Selama ini, Kim dilihat lebih banyak berdiam diri mengenai isu ini di media sosial sehinggakan ada yang berprasangka dia dan Kanye baik-baik sahaja dan ingin kembali menyatu sebagai suami isteri. Namun apabila Kim baru-baru ini menyuarakan bahawa “amat sukar” untuk dia dan Kanye berbincang mengenai hal penjagaan anak, nampaknya personaliti itu sedang berdepan kesukaran.
Seorang pensyarah jurusan psikologi di Taylor’s University, Pang Chia Yee, juga merupakan pakar dalam psikologi bidang seks dan perhubungan telah cuba merungkai perasaan sebenar Kim apabila berdepan dengan bekas pasangan bipolar seperti Kanye.
Bagaimana seseorang boleh mengenal pasti pasangannya merupakan penghidap bipolar disorder?
Bipolar disorder adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari simpotom ringan hingga teruk. Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem seperti daripada kegembiraan melampau (atau mania) kepada rasa sedih melampau (atau kemurungan)
Beberapa gejala yang mungkin perlu diperhatikan ialah:
- Penyalahgunaan alkohol atau dadah
- Perbelanjaan impulsif
- Perubahan emosi yang kerap
Adakah perkara yang Kanye lakukan kepada Kim dan Pete sekarang adalah simptom bipolar, atau adakah orang salah anggap?
Berdasarkan apa yang ditunjukkan di media sosial, ia menunjukkan gejala bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan sewenang-wenangnya kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui orang luar.
Apa yang menyebabkan kondisi bipolar?
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gangguan bipolar seperti tekanan persekitaran, genetik (anda mungkin menemui ahli keluarga yang pernah mengalami gangguan ini dalam sejarah keluarga anda), ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak.
Contoh pencetus bipolar adalah tekanan emosi, kurang rehat atau tidur, keretakan dalam perhubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca (musim sejuk lebih cenderung menyebabkan kesedihan terutamanya jika dia tinggal seorangan diri), kehamilan (disebabkan perubahan hormon), kehilangan pekerjaan, apa-apa jenis kehilangan dalam hidup, masalah kewangan dan faktor persekitaran (seperti pandemik COVID-19).
Jika bekas pasangan yang mengalami penyakit bipolar mula menunjukkan pertindakan ganas terhadap kita, apakah yang perlu kita lakukan?
Sentiasa ingat bahawa keselamatan anda mesti diutamakan. Jika bekas pasangan anda yang mengalami penyakit gangguan bipolar mula menjadi agresif secara fizikal atau lisan kepada anda, anda perlu memaklumkan pihak berkuasa (pegawai polis), keluarga anda dan jiran. Dapatkan bantuan profesional.
Katakan Kim ingin mendapatkan nasihat, apakah tip/langkah yang anda akan suruh dia lakukan?
Pertama sekali, saya akan memastikan dirinya tenang.
Saya tidak pasti tentang hubungannya sekarang dengan Kanye, tetapi semoga dia boleh terus menjadi kawannya. Pada ketika ini, nampaknya tidak kiralah apa saja yang dilakukan oleh Kim; ia tidak akan disenangi ole Kanye.
Sebb itulah mengambil tangkapan skrin (screen shot) mesej-mesej mereka dan mendedahkannya di media sosial. Pada pandangan saya, adalah lebih baik Kim terus mendiamkan diri mengenai isu ini di media sosial kerana apa saja yang diperkatakan olehnya akan disalah anggap oleh orang ramai. Mereka akan sentiasa mentafsir makna mereka sendiri, dan membuat andaian mereka sendiri.
Saya akan menilai keadaan semasa hubungan mereka dan bukan menilai daripada apa yang dilihat di media sosial. Adalah penting untuk mengambil berat tentang pandangan dan perasaan Kim terhadap Kanye sebagai seorang insan atau sebagai bapa kepada anak-anaknya.
Jika seseorang mempunyai hubungan dengan individu yang mempunyai gangguan bipolar, apakah yang boleh dilakukan untuk membantunya?
Kenal pasti isu sebenar mereka dan semoga mereka akan jujur dan terbuka untuk berkongsi suka-duka mereka.
Ia juga membantu untuk:
- Menggalakkan pasangan anda untuk mendapatkan bantuan profesional.
- Terima dan fahami had anda sendiri.
- Bersabar.
- Berusaha untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut tentang gangguan/kesukarannya.
Besar kemungkinan individu itu merasa malu untuk mendapatkan bantuan. Cara memujuk si dia adalah dengan menunjukkan betapa bermakna terapi ini kepada perhubungan anda berdua.
BACA LAGI : Gaya 7 Selebriti Di Paris Fashion Week Dari Kim Kardashian Hingga Jisoo – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
8 Tanda Lelaki Hanya Anggap Korang Sebagai Kawan Biasa

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tak mahu perhubungan berakhir di jinjang pelamin. Baik lelaki atau pun perempuan, masing-masing mengimpikan ikatan yang diakhiri dengan perkahwinan.
Biasalah mula-mula crush je, lama-kelamaan timbul pula rasa suka dan sayang. Korang pernah ada crush tak?
Mesti pernah kan. Hiks!
Sama ada korang bernasib baik jika crush korang tu pun ada perasaan yang sama, atau pun sebaliknya mereka hanya menganggap korang kawan biasa.
Argh, kena friendzone pula..
Chill la gais. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.
Jadi sebelum korang kecewa dengan hubungan yang tidak akan ke mana, korang sebenarnya dah boleh agak jika hubungan itu tak lebih sebagai kawan biasa.
Untuk girls di luar sana, kalau nak tahu sama ada lelaki hanya buat korang seperti kawan biasa saja atau tidak, cuba check tanda-tanda ini seperti yang telah dikongsi dalam page IIUMC.

1. Obviously jarang reply chat korang
Kalau nak cakap pasal busy, mana ada manusia yang sibuk 24 jam kan. Jadi, sekirannya mesej korang hanya dapat bluetick, faham-faham saja laa.
Atau paling kurang pun, reply sepatah-sepatah. Dah cukup untuk korang tahu bahawa dia tak beria dengan korang.
2. Tak pernah cakap pasal kahwin
Lelaki yang belum bersedia akan cepat rimas bila perempuan bertanyakan soal kahwin. Mungkin mereka masih anggap korang seperti kawan biasa dan tidak terfikir untuk berkahwin.
3. If u had crush on him, dah confess but nothing changes
Sama ada lelaki tu dah berpunya atau dia tak perasaan dengan korang. Dah confess pun tapi tak apa-apa perubahan dan masih kawan macam biasa, jadi move on je la sis..

4. Dah confess, tapi main tarik tali
Lain pula situasi bila kau dah confess tapi layan korang ikut mood. Kalau rasa nak sayang, sayang la. Kalau tak, memang cakap korang just berkawan tak lebih dari tu. Sama ada dia perlukan korang waktu bosan saja tau dia selesa berkawan dengan korang.
5. Dia layan kau macam member
Selalu ajak korang keluar, tapi bila cakap pasal perasaan dia rimas. Jadi, dia lebih selesa untuk lepak dan bersembang dengan korang. Mungkin.
6. Talk about other girl
Paling jelas bila dia bercakap tentang perempuan lain dengan korang. Memuji kecantikan perempuan lain dan bercerita tentang mereka. Hm, mesti sakit hati kan? Hiks!

7. Kawan dia kenal korang sebagai kawan baik dia saja
Kalau berjumpa dengan kawan-kawannya, korang hanya diperkenalkan sebagai seorang kawan saja. Tidak pula dia bercerita yang lebih-lebih pasal korang.
8. Tidak pernah ingat tarikh penting
Paling basic pun atleast mereka kena ingat tarikh lahir korang. Tapi kalau dah tak ingat, jangan kata nak hadiah, wish pun tidak. Kalau pun wish cuma cakap pibeday. Korang rasa? Hehe..
Jadi, kalau dah si dia act macam tu, korang dah boleh faham-faham je la ya. Daripada korang menunggu dan terus buang masa, baik cari je lelaki lain. Ehhh.. haha!
Anggaplah selama perkenalan korang tu sebagai pengalaman hidup. Jangan pernah berdendam sebaliknya doa yang baik-baik untuk dia.
Jangan takut untuk move on sebab pasti Allah akan berikan korang orang yang lebih baik lepas ni. InsyaAllah!
“Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati…” -Bella Astillah

“Perempuan kalau cinta, cinta mati bah”
Itulah ungkapan ringkas pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang lebih dikenali sebagai Bella Astillah menerusi sebuah hantaran video di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi klip video yang sama, ibu kepada sepasang cahaya mata itu kemudiannya menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Mati Matian yang dipopularkan oleh penyanyi dari negara seberang, Mahalini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff Minta Cerai & Dia Kata Dah Tiada Perasaan Pada Februari Lalu” -Bella Astillah
“Perempuan kalau cinta, cinta mati. Tuhan ini cinta atau…” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna mengatakan lagu yang dinyanyikan itu sangat tepat dengan situasi yang sedang dihadapi oleh penyanyi yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah itu.
Pada masa sama, mereka memberikan kata-kata semangat buat Bella dalam mengharungi polemik rumah tangga bersama penyanyi terkenal, Aliff Aziz.
“Bella… istikharah minta Allah tunjuk… kalau boleh dah lepaskan.. mintak lupakan semuanya,” komen seorang pengguna.
“Related lagu ini dengan dia,” komen juga pengguna lain.
“No turning back Bella… please… stay strong Bella,” tulis seorang lagi.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Bella Astillah