Zayn Malik Akui Islam Itu Indah Tetapi Tak Percayakan Neraka?

Share

 

Bagi penulis – soal kepercayaan agama, Tuhan dan budaya seseorang adalah sesuatu yang amat personal. Ia adalah urusan di antara dia dan Tuhan.

 

Namun, jika sudah nama pun selebriti dan penyanyi terkenal dunia, hal kepercayaan agama juga turut tak terkecuali daripada diseret bersama.

Bekas ahli kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik pernah berkongsi bahawa dia dibesarkan dalam persekitaran keluarga Islam.

Malah, dia juga menyambut Aidiladha bersama keluarganya serta teman wanita, Gigi Hadid.

Bagaimanapun, menerusi temuramah bersama majalah British Vogue bulan ini, Zayn berkata, “Saya tak pernah berkata yang saya merupakan seorang Muslim. Malah, saya tak pernah mengeluarkan statement berkenaan agama yang saya anuti.

“Saya tidak percaya kepada tuntutan makan makanan tertentu saja. Dan saya tak percaya tuntutan untuk membaca ayat dalam bahasa tertentu di dalam sembahyang 5 waktu.

“Ya, saya percaya adanya Tuhan. Tetapi neraka? Tidak sama sekali,” katanya sekaligus menjelaskan spekulasi peminatnya selama ini yang tidak pasti sama ada dirinya seorang Muslim atau tidak.

“Saya percaya jika saya berbuat baik, balasannya juga pasti baik.” Tambah Zayn, dia pernah dibesarkan dalam famili majoriti Muslim dan diajar untuk ke masjid.

“Kesemua itu adalah pengalaman yang indah. Islam sendiri adalah indah dan saya gembira dibesarkan oleh ibu bapa saya dalam keadaan tersebut. Namun, mereka memberikan pilihan sama ada saya ingin mendalaminya atau tidak.”

Untuk pengetahuan korang, bapa Zayn iaitu Yaser Malik berketurunan Inggeris-Pakistan manakala ibunya, Tricia pula berasal dari Ireland dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan Yaser.

 

Published by
FZ