Hiburan

Zayn Malik Tangguh Konsert Jelajah, Masih Bersedih Kehilangan Liam Payne

Share

Siapa tak sedih bila kawan rapat meninggal secara tiba-tiba, penyanyi Zayn Malik mengambil keputusan menangguhkan konsert jelajah di Amerika Syarikat.

Hal ini selepas kematian Liam Payne pada Rabu lalu, konsert Stairway To Heaven dijangka akan dijadualkan semula pada Januari tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN : Bekas Ahli One Direction, Liam Payne Ditemui Maut Di Buenos Aires, Dipercayai Jatuh Dari Aras 3 Sebuah Hotel

Zayn, 31, berkata, kehilangan rakannya itu yang juga merupakan bekas anggota kumpulan One Direction memberi kesan amat mendalam.

Zayn Malik dan Liam

“Disebabkan kehilangan yang begitu menyedihkan minggu ini, saya telah membuat keputusan untuk menangguhkan jelajah Stairway To Heaven.

“Tarikh telah ditunda ke Januari tahun depan dan saya akan maklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Zayn menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Sabtu.

 

Konsert jelajah tersebut merupakan rangka promosi album ke empatnya yang sepatutnya akan berada di lima lokasi bermula San Francisco pada 23 Oktober ini.

Pada Rabu lalu dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Liam yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Zayn dan Liam sebelum ini sama-sama pernah menganggotai One Direction sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2010 sebelum mereka rasmi berpecah sekitar 2016.

Kumpulan itu turut dianggotai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson dan harry Styles.

BACA LAGI : Liam Payne Di Argentina Untuk Berbaik Semula Dengan Niall Horan, 2 Minggu Sebelum Insiden Maut

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana