![](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/07/TOP-HERROO-696x365.jpg)
Isi Kandungan
ToggleMungkin ada yang tidak tahu pencarian Hero Remaja sudah pun bermula sejak tahun 1990 lagi. Biasanya, ia akan diselang-selikan dengan Dewi Remaja pada setiap dua tahun.
Diam tak diam, dah 27 tahun program Hero Remaja dianjurkan kemenangan yang diraih Alif Muhaimin baru-baru ini sekali gus menempatkannya selaku Hero Remaja 2017.
Rupanya ramai selebriti lelaki yang asalnya dari platform ini juga.
Jom kita recap semula pemenang daripada kemunculan awal program sehinggalah yang terkini.
Hero Remaja 1990/91
Esma Daniel (Juara)
Badrul Muhayat (Naib Juara)
Azhar Sulaiman (Tempat ketiga)
Hero Remaja 1993/94
Norman Hakim (Hero Favourite)
Hero Remaja 1997
Wan Shalim (Juara)
Ashraf Sinclair (Tempat Ketiga)
Hero Remaja 1999
Kusyairi Ahmad (Juara)
Azlan Noordin (Naib Juara)
Hero Remaja 2000/2001
Zed Zaidi (Juara)
Hero Remaja 2004/2005
Zawen Anwar (Juara)
Hero Remaja 2007/2008
Kamal Adli (Juara)
Fizo Omar (Naib Juara)
Hero Remaja 2011/2012
Fattah Amin (Juara)
Syafiq Kyle (Naib Juara)
Saharul Ridzwan (Tempat ketiga)
Hero Remaja 2017
Alif Muhaimin (Juara)
Farhan Asri (Naib Juara)
Harris Annuar (Tempat Ketiga)
Nabil Aqil (Hero Favorite)
Adam Yusuf (Hero Inspirasi)
‘Tanpa Hero Remaja, Orang Tidak Akan Kenal Saya’ – Zed Zaidi
![](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/02/TOP-ZED.jpg)
Siapa sangka nasibnya daripada hanya menjadi pekerja bank seterusnya berubah apabila berjaya menempatkan diri di dalam Pencarian Hero Remaja kira-kira 10 tahun yang lalu.
Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkongsi kisahnya sewaktu mula-mula menyertai program Hero Remaja suatu ketika dahulu.
“Semuanya yang berlaku tidak dijangka kerana pada mulanya sepupu saya saja-saja menghantar borang penyertaan kepada Majalah Remaja bagi pihak saya. Niatnya yang ingin bergurau akhirnya menjadi satu titik permulaan untuk membuka peluang buat saya menceburkan diri dalam bidang seni,”
“Bermula dengan menjadi orang pertama yang muncul sebagai wajah penghias kulit, saya juga merupakan orang pertama yang menjawab soalan dari pihak Remaja. Sering menjadi antara yang pertama, tak sangka pula bila di hari final pencarian Hero Remaja saya juga dinobatkan sebagai tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Hehe..,” jelas Zed Zaidi.
Bercerita tentang kehidupannya sebelum masuk ke program Hero Remaja, Zed mengakui dirinya hanya seorang remaja biasa yang bekerja di bank dan cuba untuk masuk ke dalam industri seni untuk mencari duit poket.
“Bila dah diterima masuk menjadi peserta, niat saya memang ingin mencari duit lebih dengan menceburkan diri dalam bidang lakonan dan modeling. Selepas sahaja memenangi Hero Remaja, saya diterima menjadi hos dalam sebuah rancangan yang disiarkan di Astro Ria iaitu Lasak,”
“Daripada situ bakat saya dilihat dan seterusnya mendapat tawaran berlakon. Sehinggalah saya berlakon drama Sembilu yang pada ketika itu mendapat sambutan hangat daripada penonton. Jika diingatkan kembali, tanpa Hero Remaja memang orang tidak akan kenal saya kerana semua yang saya ceburi sekarang ini bermula dengan penglibatan dalam program Hero Remaja,” jelas Zed yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Seniman.
Hero Remaja ‘Gelek’ Untuk Menangi RM10,000.. Kamu Boleh Lawan Mereka Punyalah!
![](https://cdn.remaja.my/2021/09/DULU.jpg)
Amboi, gelek macam mana tu..
Saban hari, ada saja trend tarian baharu yang akan tular di media sosial sehinggakan ramai warganet akan mencubanya. Ada yang tampil dengan koreografi menarik lantas mengejutkan ramai rakan-rakan mereka. Tak sangka mereka ini ada bakat menari! Tidak kurang juga sebilangan lagi warganet yang mencuba sekadar suka-suka dengan tahap keyakinan yang amat tinggi. #YTJT
Sambil-sambil korang sakan bergelak di media sosial itu, apa kata curi peluang untuk bergelek sambil membawa pulang wang tunai lumayan bernilai hingga RM10,000! Caranya adalah dengan mengikut cabaran tarian menggunakan lagu rasmi ‘Plug And Play’ yang dinyanyikan khas oleh Sophia Liana bersama pelakon, Remy Ishak! Amboi abang Remy.. hehe
Tinjauan REMAJA ke aplikasi TikTok pada hari ini mendapati kesemua 12 orang finalis pencarian Hero Remaja 2021 cuba mencabar korang demi mengejar hadiah lumayan tersebut! Antara yang mencuri tumpuan termasuklah AFIQ HAMIDON, AQIL TAQEE, FAZZIQ MUQRIS, FARHAN NORDIN, AKAD dan ARYAN NAIM.
Bukan main lagi ya korang ni! Ingat enam orang ini saja yang gian menari, rupanya lagi enam pun sama je. *Facepalmed*
Jom tengok gaya MIERUL AIMAN, ZAIM YAZID, SYAZANI ZAINAL, IDEEN, AMIR AHNAF dan ALIF HAIQAL pula.
Bagi remaja di luar sana yang terasa tercabar dan mampu melakukan lebih baik daripada finalis Top 12 Hero Remaja 2021 ini, jom kita berikan saingan kepada mereka.
Caranya mudah saja gaiss. Kunjungi aplikasi TikTok di telefon pintar masing-masing dan cari tanda pagar #PlugAndPlayIt yang kini semakin trending di sana.
Sentuk ikon kamera untuk mengakses lagu dan efek khas #PlugAndPlayIt. Kemudian, rakamkan tarian korang menggunakan lagu #PlugAndPlayIt sebagai lagu latar dan menarilah dengan penuh kreatif!
Korang bebas untuk mengikut langkah tarian sedia ada, reka tarian korang sendiri atau rakamkan reaksi kreatif sendiri terhadap lagu tersebut. Apa yang penting, korang enjoy melakukannya dan memuat naik video tersebut ke platform TikTok dengan tanda pagar #PlugAndPlayIt dan #AstroPlugAndPlay. Sambil itu, ajaklah juga rakan-rakan lain untuk menyertai cabaran tarian ini. Pancing mereka dengan menyatakan wang tunai berjumlah RM10,000 menanti video paling kreatif. Bodeklah sikit, takkan tu pun nak cakap..
Oh! Jangan lupa juga untuk menetapkan video tersebuut dalam mod ‘Public’ agar ia boleh ditemui oleh pihak penganjur, Astro Malaysia semasa mereka sedang mencari pemenang berpotensi kelak.
Untuk pengetahuan, apa yang membuatkan Astro Ultra Plug & Play Box menarik adalah ia membolehkan penonton menikmati siaran pelbagai saluran yang dibawakan oleh Astro Malaysia TANPA memerlukan piring satelit. Hanya semudah menyambung kotak ini ke internet seminima kelajuan 30Mbps di kediaman masing-masing, voila! Terus boleh tonton televisyen dengan fungsi-fungsi menarik yang selalu ada pada Ultra Box seperti Live Pause, Cloud Recording, 4K UHD dan sehingga 65,000 video On Demand!
Seperkara lagi yang merarik mengenai Astro Ultra Plug & Play Box adalah kerana ia tidak akan terganggu dengan faktor cuaca seperti yang selalu berlaku dahulu dengan piring satelit Astro. Tanpa piring tersebut juga, ia memudahkan para penduduk kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium yang kini tidak lagi perlu memasang piring satelit di luar kediaman.
Tertarik sudah untuk mendapatkan Astro Ultra Plug & Play Box? Haa senang je caranya. Hubungi talian 03-7491 9888 atau hantarkan mesej WhatsApp ‘Get PNP’ ke talian 03-9543 3838. Layari LAMAN WEB ini untuk maklumat lanjut.
Ikmal Amry Setia Berada Dalam Dewan Bersalin Saksikan Kelahiran Bayi Sulung
![](https://cdn.remaja.my/2021/12/Featured-Image-3.jpg)
“Alhamdulillah, perasaan dia tidak terkata dan tidak boleh hendak digambarkan..”
Penghujung tahun 2021 menjadi detik istimewa buat pelakon, Ikmal Amry dan isteri, Najla Shamsul setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung pada 30 Disember 2021.
Najla selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 12.41 tengah hari tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur dengan kehadiran Ikmal yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.
ARTIKEL BERKAITAN : Isteri Sah Berbadan Dua, Ikmal Amry Pula Alami Alahan Loya – REMAJA
Bercakap kepada rakan media di MStar, Ikmal menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.
“Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak.
“Semuanya macam tidak disangka-sangka, macam mimpi pun ada. Perasaan dia tidak terkata. Doktor sambut kelahiran anak saya dan saya diberi peluang untuk potong tali pusat, syukur sangat,” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.
Setelah beberapa jam, Ikmal akhirnya memuat naik hantaran di akaun Instagram-nya untuk mengumumkan bahawa dia dan Najla telahpun secara rasmi bergelar ibu dan ayah.
“Assalamualaikum sayang Daddy! Alhamdulillah syukur atas nikmat tidak ternilai ini. Terima kasih semua yang mendoakan.”
Sambil itu, rakan selebriti turut tumpang gembira dengan perkhabaran itu dan mengucapkan tahniah buat pasangan sama cantik sama padan itu.
“Alhamdulillah Am & Najla, tak sabar nak jumpa my niece!” – Ben Ali
“Congrats Am!” – Mimi Lana
“Congratulations Am !!” – Hun Haqeem
“MasyaAllah comelnya!! Congrats Am & Najla!!” – Raysha Rizrose
“Alhamdulillah!!” – Harris Annuar
“Alhamdulillah, tahniah Am” – Alif Satar
Bercakap mengenai Alif Satar, Ikmal yang baru-baru ini baru sahaja menamatkan penggambaran untuk filem Pulau bersama Alif dan ramai lagi pelakon lain di Pulau Langkawi telah bertanyakan nasihat daripada Alif yang juga merupakan seorang bapa kepada tiga orang cahaya mata.
Tambahan pula Alif memperolehi cahaya mata pada usia semua Ikmal, tidak hairanlah Ikmal merasakan Alif ialah insan yang memahami akan cabaran dan fasa seterusnya yang akan dilalui olehnya bersama isteri.
Antara soalan yang diajukan termasuklah mengenai penjagaan bayi dan persediaan untuk bergelar bapa muda. Kebetulan pula, mereka berdua berkongsi doktor yang sama yang menyambut kelahiran bayi masing-masing.
Apa yang pasti, bayi perempuan Ikmal dan Najla ini comel! Lihat sahajalah kepada pakej visual pasangan ini. Hehe..
ARTIKEL BERKAITAN : Nyanyian Ikmal Amry Jadi Hadiah Manis Untuk Isteri – Nadia Khan – REMAJA
Terdahulu, Ikmal dan Najla disatukan pada bulan Disember 2020 di kediaman keluarga Najla dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum mereka diraikan dalam majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Melaka.
BACA LAGI : Ikmal Amry Bertunang Di Hari Raya Ketiga PKP – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.