Uncategorized

Zendaya Bertukar Menjadi Cinderella Di Met Gala, Konsepnya Lebih ‘Deep’ Daripada Kita Sangkakan

Share

 

Zendaya sememangnya merupakan puteri Disney yang benar-benar wujud di kalangan kita semua.

 

Pagi ini, pemerhati fesyen seluruh dunia sedang bercakapkan mengenai pakaian paling cantik dan menarik yang disarungkan ke atas tubuh selebriti A-list Hollywood sempena acara tahunan Met Gala.

Dianjurkan oleh jenama fesyen berpengaruh Vogue, acara tahun ini mengangkat konsep CAMP yang bermaksud fesyen yang tidak semestinya perlu difahami oleh orang ramai.

Malah, pakaian seseorang itu harus menimbulkan tanda tanya di kalangan kita semua. Tiada yang betul dan tiada yang salah, asalkan ia boleh dijadikan topik perbualan bermakna selebriti itu sudah berjaya menilai konsep CAMP yang diperkenalkan oleh Vogue.

Lady Gaga menukar pakaian sekerap 4 kali!
Billy Potter sekali lagi mengulangi impak ‘grand entrance’ seperti semasa Anugerah Golden Globes awal tahun ini.

Sudah tentu, ramai selebriti yang tampil – err – menarik perhatian semua orang. Lady Gaga, Jared Leto dan Billy Porter ialah antara yang disebut-sebut sebagai selebriti yang hadir dengan pakaian paling menarik.

Tetapi, kami tertarik dengan kelibat selebriti yang seorang ini.

Pelakon, Zendaya Coleman telah bekerjasama dengan pereka fesyen Amerika, Tommy Hilfiger untuk mencipta kostum persis dress

yang dipakai oleh karakter fantasi Disney iaitu Cinderella.

Menariknya, ia bukanlah konsep yang dipetik begitu saja. Tommy ingin meraikan perjalanan karier Zendaya sejak usianya 14 tahun dalam industri lakonan.

Kini pada usia 22 tahun, Zendaya telah berkembang daripada status pelakon cilik saluran Disney menjadi pelakon A-list yang membintangi filem blockbuster seperti Spiderman: Far From Home. Dalam tempoh 8 tahun ini, Zendaya juga telah menjadi selebriti tetap yang dijemput ke acara Met Gala pada setiap tahun.

Semasa tiba di karpet merah, Zendaya memulakan persembahan teaterikal dengan ‘Stylist Godmother’-nya yang ‘menjampi’ dress tersebut supaya ia mula bercahaya (dengan lampu LED

dari dalam dress) dan berkembang menjadi ballgown.

Ada juga komen nakal yang menganggap Kendall Jenner dan Kylie Jenner sesuai memainkan karakter kakak tiri Cinderella.

pKemudian semasa berjalan menaiki tangga tinggi Met Gala, Zendaya sengaja menanggalkan kasut kacanya seperti yang selalu diceritakan dalam cerita dongeng itu.

Apa pendapat korang? Love ke tak?

 

Published by
FZ