Berita

Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel Bersatu Di Pentas Empat Live In Kuala Lumpur!

Share

Empat nama besar dalam industri muzik tempatan bakal mencipta sejarah apabila mereka bergabung dalam sebuah konsert mega yang dinanti-nantikan ramai iaitu Empat Live In Kuala Lumpur 2025.

Buat julung kalinya, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel akan berkongsi pentas dalam sebuah persembahan istimewa yang bukan saja menyatukan suara-suara hebat tanah air, tetapi juga mengangkat nilai kekeluargaan.

Mereka bukan sekadar rakan artis, tapi ‘family goals’ betul! Ziana dan Anuar adalah adik-beradik, Ernie pula anak saudara mereka, dan Syamel? Suami kepada Ernie.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali Lagi Figura Ernie Zakri Hiasi ‘Billboard’ New York Times Square. Tahniah!

Sekali gus, gabungan ini menjadikan Empat sebagai sebuah konsert yang cukup unik dan penuh sentimental value.

Bercakap tentang konsert ini, Anuar Zain yang juga bertindak selaku penganjur menyifatkan ia sebagai projek yang sudah lama mereka impikan.

“Ini adalah projek impian yang telah dirancang sejak dua tiga tahun lalu.

“Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu simbol kekeluargaan dan penghargaan kepada peminat yang selama ini menyokong kami,” jelasnya dalam satu kenyataan rasmi.

Sementara itu, Ziana Zain pula menggambarkan konsert ini sebagai “temasya cinta” yang bukan hanya antara mereka berempat, tapi juga dengan peminat tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ernie Zakri Miliki Suara Yang Luar Biasa, Kami Yakin Namanya Boleh Melonjak Di Indonesia” -Govinda

“Kami tidak menjanjikan sesuatu yang luar biasa, tetapi kami mahu semua yang hadir pulang dengan momen yang magis dan indah,” katanya.

Konsert ini akan diarahkan oleh pengarah berpengalaman Jennifer Thompson dan diperkukuhkan dengan sentuhan muzik oleh Sze Wan bersama barisan pemuzik profesional.

Tiket konsert mula dijual 25 April 2025 jam 10.00 pagi di laman rasmi [ticket2u.com.my/empatkl](https://www.ticket2u.com.my/empatkl).

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada momen bersejarah ini!

Harga tiket bermula dari RM288 (Bronze) hingga RM2,088 (Royal Twin Seat – untuk dua orang). Pilih ikut bajet, tapi pastikan korang tak terlepas untuk saksikan gabungan empat legenda, satu pentas.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Published by
Fath