Rayakan sebulan! Ini mungkin istilah yang biasa kita dengar sejak berpuluh tahun lalu malah mengambil kira senario tahun-tahun sebelum ini di penghujung Syawal masih ramai yang membuat rumah terbuka.
Namun untuk raya tahun ini, nampaknya rakyat harus membiasakan diri dengan konsep norma baru apabila konsep ziarah menziarahi ini tidak boleh diteruskan pada raya tahun ini demi untuk mengelak penularan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.
Malah, rakyat Malaysia akan mula memasuki pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga di seluruh negara bermula 12 Mei ini. Arahan ini datang daripada kenyataan media oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diedarkan kepada media
Rakyat Malaysia kini tidak lagi dibenarkan untuk melakukan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Aidilfitri. Tetapi anda masih boleh hadir ke solat sunat Aidilfitri dengan kehadiran yang telah dihadkan oleh pihak kerajaan.
Muhyiddin turut berkata bahawa tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Mei 2021. Bagi arahan lain pula, ia akan dikuatkuasakan pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri pic.twitter.com/MGN0BdWPsh
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) May 10, 2021
Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak akan menutup sektor ekonomi dan mereka dibenarkan beroperasi seperti biasa biarpun kes semakin hari, semakin menunjukkan angka yang angresif. Kenyataan terbabit turut menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara akan bertanggungjawab membentangkan SOP terperinci arahan yang terkandung di dalam PKP.
#COVID19 update for May 10. Malaysia recorded 3,807 new positive cases with 17 deaths.
The whole of Malaysia will be placed under (MCO) from May 12 to June 7, as the country grapples with rising COVID-19 infections. pic.twitter.com/VQJ6YPtidG
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 10, 2021
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang ke tiga ini selepas peningkatan kes yang mendadak kes baru di beberapa negeri. Kematian dilaporkan semalam di Selangor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Kedah dan Kelantan, melibatkan 16 penduduk tempatan dan seorang warga asing, semuanya berusia 48 hingga 92 tahun.
Apa-apapun, korang jangan lupa jaga SOP ketika musim perayaan ini walaupun hanya beraya di rumah.