Zoo Negara & Melaka Beri Diskaun Tiket Sehingga 40 Peratus

Share

erita baik buat masyarakat Malaysia, Tourism Malaysia telah melancarkan Kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia Santai di zoo negara bagi menggalakkan rakyat untuk mengunjungi zoo di Malaysia dibawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).

Menurut Harian Metro, kempen ini adalah program kerjasama dengan Zoo Negara, Zoo Melaka dan Zoo Taiping & Night Safari akan menawarkan potongan harga istimewa untuk tiket masuk.

Foto: Zoo Negara Malaysia

Sebanyak 40 peratus diskaun diberikan bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak ke Zoo Negara. Lebih 16,000 tiket ditawarkan bermula 1 Januari lalu dengan pembelian secara online melalui Shopee.

Antara program lain yang disediakan di Zoo Negara adalah seperti Zoo Walk 2021, program sukarelawan zoo KeeperKu, pakej Cikgu Kancil untuk lawatan sekolah yang merangkumi 13 program Pendidikan, program santai sambil bermalam di zoo, iaitu Zoo Camp.

Zoo Hunt, Hari Bumi, Hari Kesedaran Orangutan, Karnival Hari Kanak-Kanak Sedunia, aktiviti memancing, pakej hari keluarga, pakej hari lahir juga menjadi antara program yang ditawarkan oleh Zoo Negara.

Bagi Zoo Melaka pula, diskaun sebanyak 30 peratus diberikan untuk tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 20,000 pengunjung pertama yang melawat Zoo Melaka bermula 1 Januari dengan pembelian secara online di laman website rasmi mereka.

Zoo Melaka juga turut menawarkan pelbagai program pendidikan seperti Zoolunteer, Zoo Troopers dan Zoomanji, termasuk tarikan terbaru mereka, Dinosaur Encounter & Animal Interaction dan Flying Monkey (zipline pertama di zoo).

Foto: Dinosaur Encounter

Jumlah keseluruhan tiket yang ditawarkan adalah lebih 70,000 tiket, tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadi, ini peluang korang untuk berkunjung ke zoo, selain daripada beriadah korang juga menyumbang kepada dana untuk haiwan-haiwan dalam jagaan pihak zoo di negara kita juga.

Walau bagaimanapun, jika korang pergi berkunjung ke sana, jangan lupa untuk mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa memakai pelitup muka. Amalkan penggunaan hand sanitizer setiap kali memegang objek atau berada di kawasan umum.

Kita jaga kita!

Sumber: Harian Metro

Published by
Noor Ain Norman