Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila pelakon lelaki Zul Ariffin memuat naik video teaser ‘panas’ drama Perempuan Itu di laman instagramnya. Video tersebut telah mendapat reaksi ramai dan dilihat pelakon itu telah pun memadamkannya.
Terbaharu, Zul Ariffin telah pun membuat kenyataan permohonan maaf kepada semua yang terkesan dri tindakannya itu. Dia juga menyatakan selepas ini akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan untuk dipromosikan di media sosial.
Dalam video tersebut, Zul Ariffin tampil bersama seorang pelakon baharu yang dikenali sebagai Siti Hariesa. Antara yang mencuri perhatian adalah babak panas dilakukan mereka dan ia secara tidak langsung menerima kritikan negatif daripada orang ramai.
Khabarnya lagi, drama itu tidak akan ditayangkan di televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku kepada pihak berwajib.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua, khususnya para selebriti untuk tidak melakukan sebarang perkara yang boleh memudaratkan diri. Diharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=gboUm1B8Sm4&t=8s
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu adegan panas membabitkan pelakon drama Perempuan Itu, Zul Ariffin dan pendatang baharu, Siti Hariesa terus diperkatakan bukan sahaja oleh warganet tetapi juga oleh penggiat seni sendiri.
Satu-persatu pelakon tempatan memberikan pendapat mereka terhadap adegan yang telah mencetuskan polemik ini; sehinggakan ia mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sendiri beberapa hari lalu.
Malah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menggesa dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya mengambil tindakan tegas dan segera.
*
REMAJA pernah melaporkan mengenai penglibatan Siti Hariesa. Dek babak panas itu, pelakon baharu itu telah menikmati ‘populariti segera’ apabila jumlah pengikut mencanak naik akibat kontroversi itu.
Hal ini telah mendapat perhatian pelakon senior, Didie Alias. Sebagai seorang yang dicungkil bakatnya menerusi pencarian Dewi Remaja edisi ketiga pada tahun 1990/1991, Didie yang mesra menggelar dirinya Mummy menyatakan cara mudah untuk popular ini tidak bermaksud seorang bakat baharu boleh bertahan lama.
Foto : IDEAKTIVFoto : IDEAKTIV
“Kau dah tahu (babak tersebut) memang confirm, Malaysia tidak boleh (menayangkan babak sedemikian). Mummy tertengok video sebelum ini.. tertekan. Eh? Kenapa (Zul Arifin) buka baju?
“Budak baru itu pula (Siti Hariesa), adakah itu caranya untuk menaikkan nama. Kalau you nak naik, just show your talent. You ada bakat, you tunjukkan saja bakat you. Tak perlu nak ada content bodoh.
“Mungkin dia boleh fikir kot, this is a stupid content. Sekarang ini pun dah macam-macam yang aku tengok. Aku tak marah, tapi kita kena educate. Adakah kau nak ‘bunuh’ diri kau dalam industri ini?” soal Didie sewaktu ditemui rakan media.
Sambil beranggapan kandungan panas seperti itu boleh sahaja dimuat naik di YouTube tanpa memerlukan slot premium drama televisyen, Didie berharap agar pendatang baharu berfikiran matang dan bijak semasa menerima watak serta babak lakonan.
“Bila kita sudah bergelar idola dan buat pula benda yang buruk, yang ikutnya adalah budak-budak. Kita pun kena berakal juga. Jangan datang ke dalam industri kita untuk buat benda-benda yang ‘datang dan pergi’ (tidak bertahan lama).
“Janganlah masuk untuk suka-suka tinggalkan kenangan pahit dan busuk dalam industri ini. Datanglah ke dalam industri untuk kekal dengan bakat yang ada,” pesannya lagi.
Didie Alias sewaktu terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 1990/1991 dan menghiasi wajah hadapan Majalah Remaja edisi Mac 1991.
Untuk pengetahuan, Didie Alias merupakan generasi pendatang baharu era awal 90-an setelah bergelar finalis Dewi Remaja bersama-sama YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani (Kuza), Umie Aida dan Jasmin Hamid.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Ayda Jebat meraih perhatian apabila berkongsi perkembangan terkini beliau selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah mild slipped disc.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat (33) memaklumkan bahawa dirinya kini sedang berehat dan menerima rawatan di wad.
“Assalamualaikum! Baru tahu ada mild slipped disc. Okay, saya rehat dulu daripada buat aktiviti lasak…janji! (Nurse dan staf dekat sini kalau boleh nak pagar bilik ini sebab pesakit asyik ‘kabur’ ke sana ke sini),” seloroh Ayda.
Walaupun kini dalam keadaan kurang sihat, pelantun lagu ‘Memerang’ itu tersentuh dengan keprihatinan para peminat dan kenalan yang tidak henti-henti bertanya khabar serta menitipkan doa buat dirinya.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang DM, WhatsApp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang,” katanya dengan penuh rasa syukur.
Dalam pada itu, melalui perkongsian sama, isteri kepada personaliti televisyen, Nabil Mahir itu turut meminta nasihat daripada mereka yang pernah mengalami masalah posterior disc agar dapat pulih dengan lebih cepat.
Kredit: Instagram Ayda Jebat
“Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please… Salam Ramadan juga buat semua,” tambahnya.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat serta rakan-rakan artis turut membanjiri dengan ucapan semangat dan doa agar penyanyi yang popular melalui lagu Pencuri Hati itu segera sembuh dan dapat kembali aktif seperti sedia kala.
Kami di REMAJA juga turut mendoakan agar kesihatan Ayda kembali pulih seperti sebelum ini, aameen!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun usia 39 dianggap sudah agak lewat menyambung pengajian, tetapi pemilik nama Naszriah Ngasri, menamatkan pengajian peringkat diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dengan jayanya.
Anne Ngasri
Menerusi perkongsian di media sosial, Anne berkongsi momen bermakna dan tampil ceria menggayakan jubah konvokesyen. Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata tersebut menyatakan kesyukuran.
“Dalam setiap peristiwa penting yang saya lalui, sentiasa ada nota kecil di bahagian bawah yang berbunyi, ‘Alhamdulillah Ya ALLAH berkatilah,” kongsi Anne.
Bekas pelakon kanak-kanak popular itu kelihatan berseri-seri dan anggun mengenakan hijab rona merah sambil memegang erat diploma yang diraih.
Anne Ngasri
Tahniah diucapkan buat Anne Ngasri yang mencapai cita-citanya dan berjaya menggenggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.
Anne yang aktif dalam bidang politik kini merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia. Kejayaan diraih Anne menjadi inspirasi warganet dan sempat menitipkan ucapan tahniah buat pelakon yang sentiasa tampil awet muda itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...