Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila pelakon lelaki Zul Ariffin memuat naik video teaser ‘panas’ drama Perempuan Itu di laman instagramnya. Video tersebut telah mendapat reaksi ramai dan dilihat pelakon itu telah pun memadamkannya.
Terbaharu, Zul Ariffin telah pun membuat kenyataan permohonan maaf kepada semua yang terkesan dri tindakannya itu. Dia juga menyatakan selepas ini akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan untuk dipromosikan di media sosial.
Dalam video tersebut, Zul Ariffin tampil bersama seorang pelakon baharu yang dikenali sebagai Siti Hariesa. Antara yang mencuri perhatian adalah babak panas dilakukan mereka dan ia secara tidak langsung menerima kritikan negatif daripada orang ramai.
BACA: Nama Siti Hariesa Tular Selepas Zul Ariffin Muat Naik Klip Panas
Khabarnya lagi, drama itu tidak akan ditayangkan di televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku kepada pihak berwajib.
BACA: Terpalit Kontroversi, Drama ‘Perempuan Itu’ Mungkin Tidak Ditayangkan Di Kaca Televisyen
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua, khususnya para selebriti untuk tidak melakukan sebarang perkara yang boleh memudaratkan diri. Diharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja
untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.