Agak lama sebenarnya industri hiburan Malaysia tidak mengenengahkan program realiti televisyen yang berkonsepkan misi pencarian jodoh seseorang.

Jika di Amerika Syarikat, ia terkenal dengan fenomena program realiti sedemikian seperti the pioneer, The Bachelor dan baru-baru ini mempopularkan program yang lebih segar konsepnya seperti Too Hot Too Handle, Love Island dan Love Is Blind. Malah negara Asia lain juga semakin terbuka dengan konsep program mencari cinta seperti Indian Matchmaking (India) dan Single’s Inferno (Korea Selatan).

Kini tiba masa untuk Malaysia pula membawa kembali konsep program sedemikian dan taruhannya memang bukan calang-calang orangnya!

Dalam sidang media yang berlangsung semalam bagi memperkenalkan siri sooka Originals bernama Pencuri Hati ini, pihak sooka telah memperkenalkan seorang pelakon lelaki yang diminati dan ‘eligible’ di Malaysia, Zul Ariffin sebagai jejaka rebutan 13 orang peserta wanita.

Zul Ariffin Sedia Beri Peluang Kepada 13 Gadis Untuk ‘Curi Hatinya’, Nak Kenali Personaliti & Intelek
FOTO: sooka Malaysia

Seperti yang korang tahu; Zul, 36 pernah berdepan beberapa episod percintaan dalam kehidupan peribadinya sendiri. Pelakon Juang ini juga tidak terlepas daripada kontroversi melibatkannya dengan beberapa pelakon wanita tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Buat Permohonan Maaf, Berjanji Akan Lebih Berhati-Hati Selepas Ini – REMAJA

BACA LAGI: “Budak Baru Nak Naik Tunjuk Bakat, Tak Perlu Ada Content Bodoh..” – Didie Alias – REMAJA

Ads

Namun tahukah korang, personaliti Zul yang tampak maskulin dan ‘macho’ dari luaran sebenarnya berbeza dengan personaliti peribadinya yang lebih santa, perahsia dan profesional orangnya. Sebab itulah, Zul menjadi pilihan pertama bagi ditampilkan dalam Pencuri Hati.

Zul Ariffin Sedia Beri Peluang Kepada 13 Gadis Untuk ‘Curi Hatinya’, Nak Kenali Personaliti & Intelek
Zul Ariffin

“Saya amat tertarik untuk menyertai program Pencuri Hati ini kerana saya melihatnya sebagai cabaran dan pengalaman baharu dalam karier saya.

“Konsepnya juga menarik kerana ia memberi ruang untuk peserta lebih mengenali saya dengan lebih mendalam sebagai diri saya sendiri dan bukannya sebagai seorang pelakon.

“Lagi pula, Pencuri Hati akan menampilkan segmen berbeza seperti sukan lasak, memasak, gaya dan hobi. Semua itu merupakan faktor-faktor yang boleh membantu mengenali personaliti dan intelek seseorang dengan lebih mendalam, ” katanya sewaktu ditemui.

Ads
Zul Ariffin Sedia Beri Peluang Kepada 13 Gadis Untuk ‘Curi Hatinya’, Nak Kenali Personaliti & Intelek
FOTO: sooka Malaysia

Menerusi 10 episod mingguan di aplikasi sooka, 13 peserta Pencuri Hati berlainan latar belakang akan mempertaruhkan hati untuk  memenangi peluang mengenali Zul Ariffin selama 24 jam.

Peserta yang memenangi cabaran mingguan mungkin berpeluang menerima ‘Purple Note’ dan menikmati peluang meluangkan masa bersama Zul Ariffin, tetapi peserta dengan markah terendah bakal menghadapi penyingkiran.

Pemilihan dilakukan oleh Zul Ariffin sendiri dengan bantuan daripada dua ‘resident advisors’ yang dilantik iaitu Sherry Alhadad dan Dr Shazril Shaharuddin aka Dr Say Shazril.

Ads

Berlandaskan Sensitiviti Masyarakat Di Malaysia

Pada sidang media semalam juga, pihak sooka sentiasa mengingatkan bahawa sensitiviti penonton tempatan akan selalu dijadikan sebagai landasan dalam mewujudkan program realiti pencarian jodoh seperti Pencuri Hati ini.

Sebagai contoh, penggambaran melibatkan peserta yang ingin mengenali Zul Ariffin dalam beberapa siri dating hanya dilakukan pada waktu siang.

Zul Ariffin Sedia Beri Peluang Kepada 13 Gadis Untuk ‘Curi Hatinya’, Nak Kenali Personaliti & Intelek
FOTO: sooka Malaysia

Pencuri Hati bakal menemui penonton secara eksklusif di sooka bermula 9 Disember 2022 hingga 10 Februari 2023 di mana salah seorang pesertanya akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Untuk majlumat lebih lanjut mengenai rancangan realiti selebriti Bachelor ini, korang boleh layari laman sosial sooka Malaysia atau ke laman web sooka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI