Hari ini kita telah pun masuk bulan Zulhijjah dan merupakan bulan terakhir dalam bulan Islam.

Bila tibanya Zulhijjah ini juga menandakan masuknya bulan haji di mana umat Islam berkemampuan menunaikan Rukun Islam kelima.

ARTIKEL BERKAITAN : Rebut Peluang Puasa Hari Terakhir Zulhijjah ESOK & Baca Doa Ini

Zulhijjah Bulan Kumpul Pahala, Ganjarannya Lebih Baik Dari Berjihad
doa di bulan Zulhijjah

Dan tahun ini walaupun tidak dapat menunaikan haji tetapi ada beberapa amalan lain yang boleh dilakukan dalam menyempurnakan amalan di bulan Zulhijjah.

Antara amalan yang digalakkan adalah:

1. Zikir

LAZIMI diri kita dengan berzikir dan mengingati ALLAH SWT.
Basahkan lidah dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illallah dan Allahu Akbar sebagaimana yang dianjurkan dalam hadis diriwayatkan oleh al-Tabarani.

Firman ALLAH SWT: “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama ALLAH, pada hari-hari yang tertentu..” (Surah al-Hajj, ayat 28)

Ads

Ketika menafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’, Ibn Abbas RA berkata, ia adalah 10 hari Zulhijah dan inilah juga pendapat majoriti ulama.

Zulhijjah Bulan Kumpul Pahala, Ganjarannya Lebih Baik Dari Berjihad
Gambar sekadar hiasan.

2. Berpuasa

Umat Islam amat digalakkan berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Ketahuilah, Hari Arafah iaitu 9 Zulhijah merupakan hari yang terbaik untuk kita berpuasa.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih banyak ALLAH membebaskan hambanya lebih daripada hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah itu, baginda SAW menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

Ads

3. Melakukan amalan-amalan lain

BIASAKAN diri membaca al-Quran kerana ia termasuk sebagai amalan yang disukai oleh ALLAH SWT. Umpamanya bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Semua amalan berkenaan termasuk dalam hadis umum yang menunjukkan perbuatan melazimkannya amat disukai oleh ALLAH SWT.

4. Jauhi maksiat

Andai kita pernah berbuat salah dan dosa, inilah masa terbaik untuk memulakan taubat, terutama bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhkan perbuatan mulia itu. Amat biadab jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang amat agung di sisi ALLAH SWT ini.

Zulhijjah Bulan Kumpul Pahala, Ganjarannya Lebih Baik Dari Berjihad
Gambar sekadar hiasan.

5. Bertakbir

Ibn Abi Shaibah menyebut, ‘Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq.

6. Berkorban

Ia merupakan amalan yang dituntut bagi umat Islam yang berkemampuan. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Ads

Firman ALLAH SWT: “Sesiapa yang membesarkan syiar ALLAH (berkorban), maka ia adalah dari tanda ketakwaan hati.” (Surah al-Hajj, ayat 32)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh ALLAH SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat al-Tirmidzi, Abu Daud; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

Zulhijjah Bulan Kumpul Pahala, Ganjarannya Lebih Baik Dari Berjihad
Gambar sekadar hiasan.

Oleh itu sepanjang 10 hari awal Zulhijjah perbanyakkanlah solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan berzikir. Mudah-mudahan kita menerima pahala yang lebih besar dari Jihad.

BACA LAGI : Malam Mustajab, Ini Panduan 31 Doa Waktu Wukuf Hingga Tengah Malam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Dr Ahmad Sanusi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI