Berita

Zulin Aziz Lebih Rela Dianggap Sedang Berbadan Dua Berbanding ‘Gemuk’

Share

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memberitahu dirinya sedikit pun tidak terasa hati jika ada pihak yang menegur bentuk badannya yang dilihat semakin berisi kerana berbadan dua.

Bagaimanapun, Zulin berkata dia akan berasa terkilan dan terasa hati jika ada yang menegur dirinya semakin berisi kerana ‘gemuk’.

“Saya tak okay kalau orang cakap saya dah gemuk, saya okay saja kalau orang cakap saya hamil. Saya gembira saja kalau badan naik dan orang tegur, ‘Eh pregnant

’. Saya akan aminkan doa itu sebab tak ada lah malu sangat yang saya dah gemuk kan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Tak Layak Jadi Juri, Anna Jobling Enggan Ambil Pusing

“Kalau macam orang tegur, ‘Kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati. Bagi saya, kalau ada yang nampak saya gemuk tu, anggap sajalah yang saya hamil,” katanya kepada Remaa.

Tambahnya lagi, dia akan menjadi lebih semangat untuk mendapat cahaya mata sekiranya ada yang beranggapan dirinya sedang hamil.

“Saya anggap mereka teruja lah dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun, bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.

“Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi, saya biarkan saja dan anggap saja la saya hamil,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Zulin turut berkongsi perkembangan kerjaya seninya yang agak lama menyepi.

Bintang yang dikenali menerusi rancangan realiti Pilih Kasih itu kini membuat kemunculan semula dalam program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4, bergandingan dengan Chiwan dan Niezam Jentik Jentik dalam kumpulan Zuara.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Zulin Aziz

Published by
Fath