Baru-baru ini, pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang kini berusia 62 tahun, meraih perhatian peminat apabila menyatakan bahawa beliau kini sedang menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menerusi sebuah perkongsian beliau di media sosial yang penuh inspirasi, walaupun sudah mencapai usia emas, Zulkifli tetap bersemangat untuk terus menuntut ilmu.

“Kembali ke kampus dalam usia emas bukanlah perkara yang mudah. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar. Doakan semoga saya diberikan kekuatan dalam pembelajaran sehingga dapat menggenggam ijazah Sarjana Pengajian Persembahan,” tulisnya dalam perkongsian yang sama.

Zulkifli Ismail Kembali Ke Kampus, Sambung Master Di UPSI Pada Usia 62 Tahun
Kredit: Instagram Zulkifli Ismail
Zulkifli Ismail Kembali Ke Kampus, Sambung Master Di UPSI Pada Usia 62 Tahun
Kredit: Instagram Zulkifli Ismail

Menurut Zulkifli, beliau kini menyambung pelajaran peringkat master atau Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI.

Ads

Sebagai seorang anak seni yang sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan dan dikenali menerusi pelbagai lakonan drama dan filem, Zulkifli sekaligus membuktikan bahawa tiada batasan untuk menuntut ilmu.

Dalam pada itu, ramai peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan beliau untuk belajar sentiasa dipermudah dan berjalan dengan lancar.

Ads

Zulkifli Ismail Kembali Ke Kampus, Sambung Master Di UPSI Pada Usia 62 Tahun Zulkifli Ismail Kembali Ke Kampus, Sambung Master Di UPSI Pada Usia 62 Tahun

Mungkin bagi segelintir individu beranggapan bahawa pendidikan tinggi hanya untuk golongan muda, tetapi Zulkifli Ismail membuktikan sebaliknya.

Ads

Walaupun sudah memulakan kerjaya lakonannya sejak bertahun-tahun lalu, beliau tetap berusaha mengejar impian dalam bidang akademik serta berani menunjukkan bahawa kehidupan akan sentiasa memberi ruang untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik.

Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI