Jenama minuman tempatan, Zus Coffee sudah menjadi salah satu jenama pilihan ramai sejak beberapa tahun ini.
Walaupun menyediakan pelbagai menu dan pilihan kopi yang menarik untuk para pelanggan, namun ada satu masalah yang sering diadukan oleh orang ramai iaitu berkaitan kualiti straw mereka.
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@jjhwonu), individu berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti straw dari Zus Coffee yang mudah lembik dalam tempoh masa yang singkat.
ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi ‘Giveaway’ Dengan Jenama Adidas, Zus Coffee Mohon Maaf Secara Terbuka
I LIKE EVERYTHING FROM ZUS EXCEPT FOR THE STRAW PLEASE DO SOMETHING ABOUT IT I PROMISE I WILL SHUT UP 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 https://t.co/BUaLIdWfnc
— 아리 (@jjhwonu) May 14, 2024
“Saya suka dengan semua benda dari Zus kecuali penyedut minuman mereka. Tolong buat sesuatu. Saya janji akan terus senyap selepas ini,” ciapnya menerusi satu ciapan di X.
Sebagai respon kepada ciapan itu, Zus Coffee tampil memuat naik ciapan mereka dengan memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan straw yang baharu.
Bagaimanapun, tarikh mereka bakal melancarkan straw itu masih tidak dapat dipastikan.
We promise 🤚🏼 we’re coming with new straw for you guys! Bawa bertenang guys much love 😭😭🫶🏻 https://t.co/bqsijcEVT6
— ZUS Coffee® (@ZUSCoffee) May 14, 2024
“Kami janji kami akan keluarkan straw yang baru untuk anda. Bawa bertenang guys, much love,” kata ZUS Coffee dalam ciapan mereka.
Sekadar info, jenama minuman tersebut telah melancarkan straw 100% diperbuat daripada tumbuhan yang sejak tahun 2022. Straw berkenaan telah dibuat 100% daripada beras dan ‘turtle-friendly’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Platform X