
Perkara paling membimbangkan tentang telefon bimbit adalah apabila ia terjatuh mahu pun termasuk dalam air. Lebih sadis lagi, ada yang pernah mengalami situasi handphone mereka termasuk dalam lubang jamban.
Pernah tak korang alami situasi seperti ini?
Bila telefon bimbit dimasuki air, antara petua popular yang sering kita dengar adalah masukkan telefon tersebut dalam beras, rendam selama 24 jam.
Ada yang mengakui bahawa petua ini memang berkesan, tetapi ada juga cara yang telah dikongsi untuk mengeluarkan air dalam telefon bimbit dengan mudah.
Seorang pengguna TikTok telah pun berkongsi tutorial tentang bagaimana untuk mengeluarkan air di dalam handphone bagi pengguna iPhone.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Pergi Settings, cari Shortcuts
2. Pastikan korang allow iCloud Sync dan Allow Untrusted Shortcuts
3. Kemudian, pergi Safari dan search water eject shortcut, klik shorcutsgallery water eject
4. Selepas itu, klik Get Shortcut, scroll sampai bawah and tekan add untrusted shortcut
5. Bila dah selesai, korang tekan sahaja water eject tu dan dia akan keluar bunyi. Bunyi tu akan keluarkan air tersebut sampai la korang dapat notification berikut
Untuk lebih memudahkan, korang lihat sahaja video TikTok daripada shidiqramli ini.
Ha, lepas ni kalau ada iPhone korang yang masuk air bolehlah cuba teknik ni kan. Semoga berjaya!
Sumber: (1)
Duduk Rumah & Gajet Tak Lekang Dari Tangan, Korang Mungkin Alami Computer Vision Syndrome

Dalam waktu PKP yang diarahkan di seluruh sekarang, pasti ramai menghabiskan masa di depan laptop atau pun gajet atas urusan kerja mahu pun sekadar untuk menghabiskan masa. Nak buat aktiviti di luar pun terhad, jadi kebanyakan daripada kita memilih untuk duduk di rumah dan menonton drama.

Penggunaan komputer atau pun gajet ini telah menimbulkan kebimbangan akan kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya. Menurut myhealth, dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.
Kesannya..
• Penglihatan lesu (visual fatigue)
• Sindrom mata kering (dry eye syndrome)
• Rabun penglihatan
Malah, sekiranya sejak kebelakangan ini korang merasa mata selalu letih, sakit kepala, sakit leher, susah nak fokus, mungkin disebabkan korang mengalami Computer Vision Syndrome.
Dr Lael Salim menjelaskan di laman Twitternya bahawa sindrom ini tidaklah bahaya tetapi bakal membuatkan individu tersebut berasa tidak selesa. Punca berlakunya
Computer Vision Syndrome ini adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut:
• Guna gajet terlalu lama tanpa rehat
• Postur yang salah
• Silau daripada skrin
• ‘Lupa’ nak kelip mata
• Skrin terlalu dekat dengan mata

Ha, confirm korang memang selalu terdedah dengan situasi-situasi seperti itu kan?
Jadi, apa yang perlu korang buat?
Cara nak mengelakkan Computer Vision Syndrome selain daripada menjaga postur dan menjaga jarak dengan gajet, korang juga boleh mengamalkan ‘visual hygiene’.
Visual hygiene: rule 20/20/20
Untuk setiap 20 minit, rehat selama 20 saat dengan cara melihat sejauh sekurang-kurangnya 20 kaki. 20 saat adalah tempoh yang diperlukan untuk mata kita berehat.

Bagaimana pula korang nak tahu 20 kaki sejauh mana?
20 kaki bersamaan 6 meter, tapi tak perlulah korang sampai ukur jarak 6 meter tu. Cukup sekadar memandang sejauh mungkin.
Namun, sekiranya tanda-tanda seperti sakit kepala dan sakit mata disertai dengan pandangan kabur dan loya atau muntah, segeralah berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri ada masalah lain pula.
Jadi mulai daripada sekarang, setiap kali 20 minit selepas melihat komputer atau gajet, eloklah korang merehatkan sebentar mata dengan melakukan teknik visual hygiene yang telah diajar oleh Dr Lael Salim.
Sumber: Dr Lael Salim
Acer Lancar Predator Triton 900 Khas Untuk Kaki Gaming

Terus menerajui sebagai komputer pilihan nombor satu pilihan rakyat Malaysia, Acer mengujakan peminat e-sports dengan melancarkan komputer riba terbarunya khas untuk kaki gaming iaitu Predator Triton 900.
Gimik Predator yang keluar membawa komputer riba yang ditunggu-tunggu oleh kaki gaming ini ternyata mengujakan ketika majlis pelancarannya di Sunway Pyramid.
Predator Triton 900 yang sudah pun memenangi anugerah iF Design dan Computex d&i 2019, ternyata memberikan sisi berbeza bagi kaki gaming. Ini kerana komputer riba ini direka untuk peminat permainan video dan pakar teknologi yang mahukan satu pengalaman bermain yang sungguh memuaskan.


Bukan saja reka bentuknya unik, namun keupayaan Predator Triton 900 diserlahkan menerusi Ezel Aero Hinge™ yang menggunakan mesin CNC di mana paparan bersaiz 17.3 inci boleh diterbalikkan, dipanjangkan atau diturunkan.
Tidak hanya Predator Triton 900, masa yang sama, Acer turut melancarkan Predator Helios 300 serta Acer Nitro 5 dan Nitro 7 yang menawarkan pengguna dengan pengalaman luar biasa sama ada menerusi paparan Full HD IPS bersaiz 15.6 atau 17.3 inci yang mana ia didatangkan dengan reka bentuk bezel nipis untuk keseronokan maksimum bermain permainan video dan hiburan.
Mesti ramai nak tahu harganyakan?
Bagi kaki gaming, harga bukan ukuran kerana kepuasan lebih penting. Harga bagi Predator Triton 900 ini dijual pada harga RM15,999 di semua penjual Acer sah dan juga stor Acer.
Apa yang best lagi tentang Predator Triton 900 ?
Didatangkan dalam 4 mod yang berlainan dan boleh membuat pilihan:
- Mod Paparan:membolehkan skrin dikongsi dengan rakan-rakan ketika bermain permainan video
- Mod Ezel:bermain permainan video pada skrin sentuh
- Mod Notebook:tradisi bermain permainan video yang biasa
- Mod Stand:menukar Triton 900 menjadi sebuah tablet untuk bermain permainan video atau menggunakan creator tools.
Predator Triton 900 dilengkapi dengan Trackpad di tepi papan kekunci mekanikal, di samping hotkey khas, TURBO key dan PredatorSense™ key turut disertakan bagi membolehkan anda mengakses aplikasi utiliti dengan hanya satu klik. Tambahakan lagi, PredatorSense™ membolehkan anda memantau atau melakukan overclock ke atas komputer riba ini melalui peranti pintar mereka ketika sedang bermain tanpa perlu menghentikan permainan! Apa yang bestnya, ia didatangkan bersama jaminan dua tahun di tapak dan kecurian/ kerosakan.


Spesifikasi Predator Triton 900:
- Pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-9
- Kad grafik NVIDIA® GeForce® RTX 2080 & 8GB GDDR6 VRAM khas
- Teknologi Aeroblade™ 3D generasi ke-4
- 16GB DDR4 RAM (2x 8GB; boleh dinaik taraf kepada 32GB DDR4 RAM 2x16GB) & 1TB (2x 512GB) PCIe NVMe SSD
Predator Helios 300 (2019) – Peranti Permainan Video Kelas Pertengahan
Didatangkan dalam warna biru dan hitam dan jelas kelihatan menarik. Untuk pengetahuan korang, Predator Helios 300 (2019) dilengkapi pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-9 bersama NVIDIA® GeForce® RTX 2060, reka bentuk tampil lebih nipis iaitu 22.9mm, kurang 3.8mm berbanding model tahun 2018.
Predator Helios 300 dilengkapi Teknologi Kipas AeroBlade™ 3D Generasi ke-4, ia mampu mengawal suhu peranti supaya boleh beroperasi dengan stabil dengan keupayaan 45% aliran udara yang lebih baik berbanding kipas biasa, serta 35% lebih senyap. Harganya cuma RM6,199 (Intel® Core™ i7) dan RM5,399 (Intel® Core™ i5).
Acer Nitro 5 & Nitro 7 (2019)- Peranti berkuasa mampu milik
Siri Nitro juga tampil wajah baharu bagi Nitro 5 dan Nitro 7. Acer Nitro series ini direka dengan mengambil kira kelompok permainan video kasual yang menggunakan komputer riba bagi tujuan hiburan dan bermain permainan video untuk berseronok.
Acer Nitro 5 hadir dengan paparan Full HD IPS bersaiz 15.6 atau 17.3 inci dengan reka bentuk bezel nipis, membolehkan anda menikmati permainan video kegemaran dalam perincian luar biasa. Manakala Nitro 7 direka untuk mereka yang mahukan rekaan dan prestasi terbaik, mempunyai chasis besi kemas serba baharu yang hanya setebal 19.9mm.
Harganya bermula dari RM4899 bagi Acer Nitro 7 dengan paparan 144 Hz dan RM3499 bagi Acer Nitro 5 bersaiz 15.6 inci dan RM4899 bagi paparan 144Hz. Lebih menarik ada hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian terbaru ini dan sah sehingga 30 Jun sahaja.
‘Personal Safety’, Aplikasi Terbaru Google Kesan Kemalangan Kereta & Automatik Hubungi Nombor Kecemasan

Malang tidak berbau dan trauma kemalangan jalan raya bukan mudah untuk dilupakan begitu saja. Walaupun hanya berlaku untuk beberapa saat, impak dari segi fizikal dan mental boleh berbekas untuk bertahun-tahun lamanya.
Lagi-lagi ia melibatkan nyawa orang yang kita sayang, tapi mungkin kehilangan nyawa ini dapat dikurangkan apabila Google bakal melancarkan aplikasi Personal Safety.
Terbaru, Google menawarkan aplikasi yang secara automatik memanggil perkhidmatan kecemasan sekiranya terlibat kemalangan di jalan raya, menurut laman web XDA Developers. Menarik kan?
Personal Safety juga dapat mengesan pelanggaran kereta dan akan bertanya sama ada penggguna terlibat dalam kemalangan. Sekiranya berlaku, ia segera memindahkan lokasi kereta dan boleh menghubungi nombor kenalan atau nombor kecemasan yang dipilih sendiri oleh pengguna. So korang boleh la set nombor keluarga terdekat siap-siap pada aplikasi ini. Tapi kan fungsi aplikasi Personal Safety ni lebih kurang juga dengan pengesan kemalangan yang terdapat pada versi Apple Watch yang terkini.

Tapi yang tak syoknya, aplikasi ini dijangka hanya ada pada telefon Pixel 4 dan 4 XL yang bakal dilancarkan pada 15 Oktober ini untuk keluaran Amerika Syarikat. Korang doa-doa la moga Google mempertimbangkan untuk melepaskan aplikasi ini pada sistem operasi mudah alih Android dan diberikan untuk semua pengguna telefon pintar.
Moga aplikasi ini dapat la kadar kemalangan di jalanraya di Malaysia ni kan. Tapi apa yang paling penting ialah sikap dan cara pemanduan kita juga.
Sumber: Malay Mail